Monday, January 3, 2011

KHAIRUL FAHMI DIHADIAHKAN RUMAH OLEH KERAJAAN KELANTAN.

Menurut laman rasmi Kelantan FA, Khairul Fahmi che mat atau lebih dikenali dgn 'Apex' telah dihadiakan sebuah rumah oleh kerajaan Negeri Kelantan. Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Besar Negeri Kelantan, Tuan Guru Datuk Bantera Nik Abdul Aziz semalam ketika meraikan kepulangan wira negara itu di Cabang4, Cherang.



Khairul Fami Che Mat ialah penjaga gawang skuad bola sepak Malaysia yang beraksi cemerlang pada kejohanan AFF Suzuki Cup baru2 ini. Beliau telah beraksi cemerlang sepanjang Perlawanan sehingga membantu skuad 'harimau malaya' menjulang trofi kejohanan setelah menundukkan skuad indonesia dengan agregat 4-2. Dalam perlawanan yg sama, Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan sepakan penalti yg diperoleh skuad 'garuda' pada minit awal permainan ketika berkunjung ke tempat lawan.

Gembar-gembur mengatakan Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson berminat dengan Penjaga gawang ini adalah salah satu penipuan yang diperoleh dari laman palsu Menchester United. Laman tersebut tampak tulen tetapi setelah diteliti, terdapat tulisan 'akumainmainje' di bahagian bawah sebelah kanan laman tersebut. Sila rujuk di http://man-united.co.nr/

Penulis juga percaya pemain muda berbakat besar yg dilahirkan di Kelantan ini layak untuk menerima tawaran bermain di luar Malaysia setelah dilabelkan sebagai penjaga gawang paling berjaya di Malaysia.

p/s: kok mano2 pom, demo biso kali pek.. ngeee~~

No comments:

Post a Comment