Wednesday, September 28, 2011

My Career is My Life





Assalamualaikum w.b.t,
Hie and Salam Sejahtera.

First Commercial Production (FCP). Itulah kerja yang aku involve sekarang. Fabricate 15 units of PipeRack dan 20++ unit of PAU for Petronas Carigali Iraq Holding BV. Aku menyandang jawatan Structural Inspector, dimana bertanggungjawab terhadapkualiti dan daya tahan Struktur yang akan dihantar ke al-Gharraf, Iraqpertengahan tahun hadapan. 3 minggu lepas, aku telah diberi kepercayaan olehMr.Hazim Masshady untuk melakukan satu tanggungjawab khas iaitu sebagai‘Welding Inspector’ memandangkan aku berkelayakan dengan memegang ‘PersonalCertificate of NDT (PCN) Level II in Welding Inspection’.

Sebagai  Inspector, aku perlumemastikan struktur binaan berdaya kukuh dengan membuat penilaian dari segenapaspek. Bermula dari ukuran dan pemasangan sehinggalah Ujian Tanpa Musnah (NDT)yang dikelolai oleh sebuah syarikat pakar.

Elevation B, PipeRack 102

Tujuan aku menulis kali ini adalah untuk mengingatkan diri aku sendiribahawa peluang untuk menguruskan projek besar sebegini adalah satu kepercayaanyang diletakkan oleh pengurusan syarikat terhadap aku, dan aku perlu memberi sepenuh usaha dan tenaga agar kepercayaan yang diberikan oleh mereka adalah berbaloi.Disamping itu juga, aku mampu mencipta nama sebagai seorang Inspector yangberkebolehan dan mampu melakukan tugas-tugas yang diamanahkan, ini memberi sedikit keselesaan utk aku mendapatkan kerja-kerja sebegini lagi.

-Pengajaran Buat Aku- Hari ini aku telah menerima satu tamparan hebatsetelah Ujian yang aku lakukan terhadap salah satu PipeRack tidak menepatipiawaian sebenar. Sebagai kesimpulan dari apa yang aku telah belajar pada hariini, aku akan lebih peka dan telus dengan setiap hasil kerja yang aku lakukan,tiada lagi ‘alibaba’ dan ‘kowtim’, hanya 'procedure' akan menjadi panduan untukaku bekerja. Aku yakin, hasil kerja aku lebih mengancam dan tepat selepas ini.Aku dapat rasakan dari hati dan aku yakin yang aku mampu lakukan lebih dari yang diharapkan.

Tiada Kata Semanis Bahasa, Bahasa Lambang Budaya Bangsa.
Kata Berjanji Kata Setia, Setiap Kata Mesti Dikota.

Umi (Puan Hanisah) dan Abah (Tuan Hj. Fadeli), semua yang aku lakukan inihanya untuk mereka, titik peluh yang aku alirkan hanyalah demi senyuman mereka. Tiada yang lebih indah bagi aku dari kebahagiaan dan kesempurnaan hidup mereka.

Abg Syafiq, Kak Izma, Awie, Iwan, Hakiem, doa kalian adalah kekuatanaku untuk terus berada di tempat yang aku idam-idamkan selama ini. 
(kelantan accent) --> ‘Kalu akuado pitih banyok nati, aku nok wi sikik soghe, wi dey lepah makey takpo doh.Bia 10ya pun, janji aku buwi jugok, sbb aku saye ko pok-pok mung. So, pakakdo’o la blako ko aku deh, mitok mughoh rezeki n buleh wak kijo molek, tak dok oghe lain doh nok wak gitu ko aku kalu bukey adik-beradik’ =)
(p/s: Kak Izma, klu tak faham, mntak SirSyafiq translate ye, ayatdiatas sangat bermakna.. hehe)

Akhir kalam, sebagai pembakar semangat. Inspector Kini, Segalanya Inspector! Go Q!



SyauQiFadeli
-theboyyouknew- '11
I Can Be More Than I Can =)

Tuesday, September 13, 2011

Tak Mampu Melihat, Tak Sanggup Hadapi.







Minggu lepas aku berkesempatan balik raya ke kampung halaman. Seperti semua keluarga sedia maklum, nenek kami berada dalam kesihatan yang kurang baik. Aku tak pergi menjenguk mahupun menanya khabar nenek aku tu, sbb aku tak dapat tahan sedih melihat dia terbaring sebegitu rupa. Sedangkan kali terakhir aku pulang, beliau masih mampu memasak, dan buat kerja2 rumah. Tapi kini, tiada lagi masakan enak yang selalu dimasak nenek untuk anak2 dan cucu2nya. Aku sentiasa berdoa agar 'mek' kembali sihat, dan memohon agar sanak-saudara mendoakan nenek. Hanya itu dari aku. Cium sayang buat Mek Zaharah.



SyauQiFadeli
-theboyyouknew- '11
Mek Zaharah, Qie sayang mek :'(

Tuesday, September 6, 2011

Kenapa Aku Menangis

Assalamualaikum
dan salam sejahtera
aku hulurkan sepenuh penghinaanku
sebagai hamba Allah maha Satu
demi tangisan dan airmata
yang terkadang mengalir
yang terkadang dialir










       Kenapa Aku Menangis?

- Peperangan yang tiada punca
- Perselisihan yang tiada penamat
- Pembohongan yang tiada nama
- Pembunuhan yang tiada kesan
- Pertengkaran yang tiada permulaan
- Penindasan yang tiada amaran
- Persahabatan yang tiada kejujuran


Punca Aku Menangis?


- Peperangan yang tiada punca.
Demi Allah aku tidak sanggup melihat saudara dan makhluk dibumi ini menjadi mangsa peperangan kuasa-kuasa besar. Aku menangis pabila rakyat Afghanistan menjadi mangsa kerakusan Pemerintah Amerika Syarikat. Afghanistan diserang kerana dituduh menyembunyikan 'OSAMA BIN LADEN' yang dikatakan menjadi dalang tragedi WTC. Akhirnya kerakusan mereka melampaui batas dengan menyerang seluruh Afghanistan bertubi-tubi walaupun jumlah Orang Awan yang terkorban semakin meningkat. Hanya punca yang tidak masuk akal, iaitu mencari seorang Pemimpin 'pemberontak' tetapi mengorbankan beribu nyawa yang tidak berdosa, malah mereka masih tidak jelas dengan isu ini. Airmataku menitis :'(

-Perselisihan yang tiada penamat
Perselisihan antara Israel dan Palestin yang telah berpuluh tahun berlaku. Seluruh masyarakat dunia tahu ISRAEL MERAMPAS TANAH PALESTIN. Tetapi kenapa kuasa-kuasa besar yang kononnya adil berdiam diri? Kenapa negara-negara jiran menonton sambil memejam mata? Rumitkah jika Israel dibawa ke muka pengadilan antarabangsa kerana menceroboh tanah Negara Palestin? Airmataku menitis lagi :'(

-Pembohongan yang tiada nama
Masyarakat dunia dibohongi oleh pemerintah berkuasa terang-terangan tetapi masalah terus selesai apabila jurucakap pemerintah memberi komen "anda tidak faham dengan rancangan kerajaan", dan semua pemilik akal fikiran berdiam diri seperti berkata-kata "ya, kami percaya, noktah!".

- Pembunuhan yang tiada kesan
Pergolakan di Bahrain dan Iran semakin menjadi-jadi diantara saudaraku SUNNAH dan SYIAH. Pembunuhan berlaku di khalayak ramai, dilakuakn oleh pihak berkuasa, juga dilakukan oleh rakyat. Kenapa anda saling berbunuhan? Kenapa tidak anda semua wahai Sunnah dan Syiah bergabung tenaga seperti itu melawan penentang Islam? Kenapa tidak berjuang utk saudara Palestin? Aku menangis lagi :'(

- Pertengkaran yang tiada permulaan
Saling bertengkar demi nama dan pangkat, sanggup melafazkan pembohongan demi menegakkan perkara dunia. Sering masuk campur dalam hal yang bukan untuknya semata-mata mahu dunia melihatnya adalah seorang wira sejati sedangkan ia hanyalah permulaan kosong yang tiada pengakhiran. Aku menangis lagi :'(

- Penindasan yang tiada amaran
Anak-anak kecil. Kanak-kanak. Adakah mereka mengerti apa yang terjadi sehingga terbunuh? Adakah mereka diberi peluang untuk mengelak sebelum dibunuh? Adakah mereka berlari ketika diacukan senjata? Adakah mereka menangis ketika ibu-bapa mereka mati disisi? Aku menangis lagi :'(

- Persahabatan yang tiada kejujuran
Hubungan diplomatik dua negara. Hubungan serantau. Cukup jujurkah mereka dalam mewujudkan persahabatan ini jika bukan kerana kepentingan dan keuntungan? Cukup jujurkah mereka menghulurkan salam jika bukan kerana Kamera Pemberita? Cukup jujurkah mereka senyum jika bukan kerana nama? Bagaimana dengan Palestin? Mereka mempunyai karya2 bersejarah, tidakkah berasa ingin menjalinkan kerjasama? Kenapa mereka dipandang sambil menutup mata? aku menangis lagi :'(



SyauQiFadeli
-theboyyouknew- '11
Masih menangiskah aku dengan hari esok?

Friday, September 2, 2011

Video, Gambar & Ringkasan Tentang Syiah.





Aku cuba menulis seberapa ringkas yg mungkin, agar pembaca2 yang tidak pernah dengar tentang SYIAH dan tidak pernah mengenal beberapa maksud perkataan arab yang selalu digunakan dalam ajaran Islam seperti 'maksum' supaya anda semua lebih mudah memahami dan tahu perkembangan semasa agama Islam yg Tercinta ini. 


Ye lah, sesetengah dari kita ni malu nak tanya kat kawan2, nanti...........


"TAK KL LA BRO0ooo!"   


atau juga.......


"APA U MEREPEK NI BABE?!"


boleh diterima pakai juga.......


"SEREM NEH!"




So skung ni, pg lahanat ngn prangai tu semua, duduk diam2 kat situ, baca sampai habis!! tak ada sape nampak ko!!!






Jom layan vdeo dulu, tentang taktik syiah




     Syeikh Adnan Al-Ar'oor


saksikan video2 pada link berikut, lawak, sedih, marah, dan menyampah melihat gelagat Syiah.








BERIKUT IALAH BEBERAPA AJARAN SYIAH YANG BERTENTANGAN DENGAN AL-QURAN DAN SUNNAH IAITU PERKARA YG DILAKUKAN DAN DIAJAR OLEH NABI MUHAMMAD.

4.1 Imam-Imam mereka adalah Maksum (tidak pernah melakukan dosa sampai mati, seperti Nabi Muhammad)

4.2 Kemunculan Imam Mahadi Bersama Orang Yang Telah Mati utk membalas kezaliman.

4.4
Menyanjung Saidina Ali dgn Keterlaluan sehingga disamataraf dan dilebihkan dalam beberapa hal berbanding Rasulullah.

4.5 Menghalalkan Nikah Mut’ah / Nikah Sementara / Kahwin Kontrak   *betulkan jika silap

4.6 Menambah Syahadah iaitu menyebut nama Saidina Ali selepas Muhammad SAW.

4.8 Menolak perlantikan Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. (menolak Ijmak Ulama)

4.10 Mengubah ayat al-Quran

4.11 Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharam bg menangisi kematian Saidina Husain.

4.12 Menghina Isteri-Isteri Nabi.

4.13 Mengharuskan Jama’ Sembahyang Dalam Semua Keadaan

       *jama' = mencantumkan (biasanya dilakukan oleh orang yg mengembara lebih dari     90km) 

4.14 Sembahyang Duha Adalah Bid’ah (menolak sunnah Rasulullah)



Lebih terperinci? rujuk SINI






AYATOLLAH KHOMEINI
PENGGERAK REVOLUSI SYIAH DI IRAN
MAHMOUD AHMADINEJAD
PRESIDENT OF IRAN

















Dua makhluk ciptaan Allah kat atas ni pun orang kuat syiah, mereka tampak mesra, bukan seperti yang dikatakan. Merekalah pemimpin yang dicari-ca......................

ops jap, gambar kat bawah ni lagi mesra.. ko scroll lah sendiri.. hehe












Ahmadinejad Kissing.
see, the guy can feel it!
proud of u mr.president!
Khomeini pun kissing.
see, the kid can feel.... the pain :p
proud of u to0 :)





































































Kaabah Syiah di Iraq.
??
Wanita menyanyi sambil menari, sambil menjerit.
dimana sifat malu dan maruah?
??







Hmmm.. Ini Gambar semasa perngkebumian Ayatollah Khomeini,
Beliau dimalukan oleh Allah di hadapan pengikutnya sendiri tanpa mampu berbuat apa2.
Beliau juga Islam, AL-FATIHAH








































.









Thursday, September 1, 2011

Video Lelaki Tanpa Usia Mengejutkan Dunia



Emmanuel Kelly
Emmanuel Kelly telah dilahirkan didalam kotak perisai di tengah zon perang berhampiran Ibu Kota Baghdad Iraq tanpa memiliki sijil kelahiran dan sebarang bentuk pengenalan diri. Ini menyebabkan beliau sendiri tidak mengetahui usia dirinya yang sebenar, begitu juga nasib yang sama menimpa abangnya, Ahmed.


Kini beliau telah meningkat dewasa dan cuba untuk mengubah nasibnya sendiri. Ketahui kisah selanjutnya dan nasib lelaki cacat ini dalam mengejar impian, PLAY THE VIDEO.....










SyauQiFadeli
-theboyyouknew- '11
:'(

Tuesday, August 30, 2011

USAIN BOLT Tersingkir Di Garis Permulaan??








Usain Bolt tersingkir awal dalam merebut Pingat Emas acara 100 meter dalam 'World Athletics Championships 2011' yang telah diadakan di Daegu, Korea Utara baru-baru ini. Kecuaian bekas juara dunia dan pemegang rekod acara yang sama tersebut telah memberi peluang kepada rakan senegaranya dari Jamaica, Yohan Blake untuk melakukan pecutan emas.

Peraturan terbaru untuk acara pecut ialah tidak lagi memberi peluang kedua jika peserta melakukan kesilapan di garis permulaan. Usain Bolt tampak kecewa dengan membuka bajunya sebelum keluar dari trek. Bolt juga kelihatan marah ketika melalui laluan keluar ke bilik persalinan.

Penonton yang hadir mula menjerit nada kecewa kerana tidak dapat menerima kenyataan bintang trek tersebut tersingkir sebelum bermulanya perlumbaan. Ini ialah kejohanan bertaraf dunia pertama bagi Bolt setelah tidak membuat penampilan sekian lama.






SyauQi Fadeli
-theboyyouknew- '11
Rekod dunia masih dipegang Usain Bolt.

Monday, August 29, 2011

BERHARI RAYA DI PERANTAUAN

Assalamualaikum,

Salam dari perantauan ;)

Setelah genap sebulan kita menjalani ibadat puasa, kita akan menyambut hari raya aidil fitri. Semua perantau akan pulang ke kampung, tidak kira pangkat, usia dan lokasi. Kemeriahan pagi syawal amat dinanti-nantikan oleh semua umat Islam di dunia.
Pada tahun ini, Malaysia dijangka akan menyambut hari raya aidil fitri pad 30 Ogos 2011, berbaki satu hari lagi dari tarikh entri ini ditulis.

haha.. Yes! aku masih diperantauan, mengejar masa depan yang gemilang. Tahun ini aku beraya di perantauan kerana tugas dan beberapa faktor penting yang lain. Demi mereka dan mereka, aku sanggup mempergadaikan kemeriahan berhari raya selama beberapa hari demi kejayaan dan kebahagiaan untuk berpuluh tahun akan datang. Aku berbangga dengan sifat yang wujud dalam diri ini.
Umi aku sempoi, dia dah bagi 'green light' utk aku, dia faham tugas aku dan apa yg aku kejarkan. Semua ini dirancang dan dinilai, walaupun agak berat untuk dilakukan.

Akhir kata, sambutlah salam kemaafan dari aku, Syauqi Fadeli(uQi) dari perantauan, khususnya kepada :

- Umi dan Abah tercinta
- Abg Syafiq / Kak Izma, Awie, Iwan, dan Marco Hakiem.
- Mek, keluarga Ayah Long, Ayah Ngah, Ma Lis, Cik Mi, Ayah Cik, Cik Rose, & Suna.
- Keluarga Cek Long, Ayah Ngah, Che Noh, Mak Dek, & Su.
- Warga SKSRP 1 (1995-2000)
- Warga SMKAF  (2001-2005)
- Warga UniKL MIMET (July06-July09)
- Warga PCN Level II Ruane-Tati (Dec09-March10)
- Warga Gayong Gelanggang Rajab (PSSGTKK)
- Ficantech Sdn Bhd
- Bousted Naval
- Trend Matrix
- Kuantan Port Konsortium/ KPPS
- Shapadu Energy & Engineering
- CarigaliHess / ExxonMobil
- GESB
- Petroleum Nasional Malaysia (PETRONAS)
- Wheatherford Oil Middle East
- Kencana Petroleum
- #TranceFamily
- DDutchFamily
- Teman-teman yang setia disisi.

Juga kepada mereka yang mungkin aku lupa nak taip, anda masih kekal dalam doa aku. =)

"EidulFitri bermaksud kembali kepada fitrah, iaitu kembali kepada fitrah asal kejadian manusia dengan menjadi seorang muslim yang diciptakan Allah yang mematuhi setiap peraturan yang telah lengkap disediakan didalam Al-Quran" Haji Fadeli Harun(bapak aku)



SyauQi Fadeli
-theboyyouknew- '11
AlQuran = Panduan hidup

Wednesday, August 24, 2011

GARANGNYA PEMILIK CYBER CAFE NI :(

Notis ini dijumpai di sebuah 'CyberCafe' sekitar Rantau Panjang, Kelantan semasa aku ke sana untuk scan beberapa dokumen kerja yang penting.



Translation: "tidak dibenarkan menghisap rokok dan makan didalam premis ini pada bulan puasa..,Kalau dapati anda hisap rokok juga, aku akan halau. Aku tak peduli, ini kedai aku..."  


Tuntas: Kadang2 berpelakuan garang untuk menegakkan Islam yang suci adalah perlu untuk mengajar manusia supaya beriman kepada ALLAH SWT =)

Bak kata Ustaz Azhar Idrus "kereta yang kemek teruk perlu diketuk dengan KUAT untuk baik-pulih kesan tersebut".. dan sambungnya lagi "kalau ketuk perlahan, tak baik kemeknya tu". <--- i like! :D




SyauQi Fadeli
-theboyyouknew- '11
Islam + Iman = complete

Thursday, August 4, 2011

SELAMAT TINGGAL KUALA LUMPUR





Detik ditenggelami detik,
Masa dicemburui masa,
Langkah ditinggalkan langkah,
Peristiwa.... tetap disitu....




Entri kali ni, tiada yang menarik untuk dikongsi. Seperti dua entri yang sudah, semua ditinggalkan memori dan tulisan untuk tatapan satu hari nanti untuk dijadikan bukti kekal perjalanan yang mengajar erti kehidupan yang tidak pernah difikirkan boleh diteladani dan hati adalah senjata terkuat yang masih berguna.


Sabtu ini aku akan meninggalkan Kota Kuala Lumpur, masih berbaki 2 hari lagi untuk aku berada di sini dan menonton siri kegemilangan Kota Kuala Lumpur yang gah diperkatakan, walaupun kadang-kala timbul sifat was-was untuk aku meletakkan perkataan 'kegemilangan' di dalam sebarang penulisan aku tentang Kota ini. Kini, nekad aku mempergadaikan tanggungan dan masa depan demi memberi peluang kepada diri aku sendiri merasai nikmat yang berbeza, insyaAllah.


Aku bukanlah meraih simpati kerana mempertaruhkan masa depan iaitu perkara yg dikejar semua manusia, aku juga bukanlah terlanjur mencuri selendang-Nya untuk menidakkan perkara yang belum terjadi, tapi aku hanya merancang untuk kecelakaan yang tidak mampu untuk aku elak lagi. 


Selamat beristirehat kepada anda semua, selamat maju jaya dan semoga anda semua berada di dalam lingkungan orang2 yang diberkati Allah swt.


Harapan aku ialah, jadilah manusia yang merancang. Supaya perjalanan yang anda semua bakal tempuhi menjadi tenang, teratur dan selamat. Tutup mata anda, fikirkan sejenak, rasakan sentuhan kata2 hati, luahkan untuk lebih keyakian, dan seterusnya anda bakal mendapat satu keputusan yang baik. Sekurang-kurangnya anda tidak akan terlepas sekecil-kecil peluang, berbanding berhadapan dengan sekecil-kecil kegagalan yang pedih dan menyakitkan.




 ~Anda adalah perancang, anda yang tentukan~




Akhir kalam dan penamat ilustrasi ini, aku amat berharap semoga aku lebih tabah dlm kehidupan yang bakal aku tempuhi selepas ini setelah menyerahkan diri sepenuhnya kepada kepercayaan dan keikhlasan. 


mohon doa dari kalian.. tq all.






SyauQi Fadeli
-theboyyouknew- '11
usaha + doa + tawakkal = MESTI DAPAT

Tuesday, August 2, 2011

APABILA SI KAKI PUKUL vs KANAK-KANAK.

Dalam cerita ni, aku menamakan aku sebagai 'si kaki pukul', kerana sifat kasar dan tidak perikemanusiaan yg ada dalam diri aku. Bukan nak tunjuk jaguh, tapi aku mengakui perangai buruk ni selepas aku memukul seorang penyamun 7eleven sampai besi padu yang aku gunakan bengkok dan berlubang. Aku xsuka perangai binatang ni, dan jangan ada antara kamu mencampakkan aku ke alam kebinatangan itu kembali, sebab AKU TAK SUKA!.


The Mines menjadi destinasi aku nak langsaikan hutang2 yang perlu aku jelaskan setiap bulan, Tapi kali ni aku pergi untuk menjelaskan hutang selama 2 bulan, hehe.. Takde masa + Budget dilarikan??....
Selepas selesaikan semua hutang malam tu, aku berjalan menuju ke 'escalator' untuk ke tingkat paling bawah. Semasa menuruni 'escalator' tu, ada seorang makcik dan anaknya berusia lingkungan 2-3tahun berada di sebelah kiri aku berbeza satu anak tangga dari tempat aku berdiri.
Tiba2 aku rasa macam tangan aku dipegang. Melalui pegangan tu aku dapat rasakan sentuhan kasih sayang yang ikhlas timbul dari hati yang tulus, pegangan yang lembut seperti meraih kasih sayang dan perlindungan yang tiada penghalangnya. Aku terdiam dan tidak memalingkan pandangan aku ke arah pegangan erat tu, aku tiada alasan kukuh kenapa aku bertindak macam tu kerana perasaan itu timbul dari hati tanpa paksaan dan membuatkan aku di awangan... 
Selang beberapa sangat aku terdengar satu suara wanita berkata :

"dik, jangan pegang tangan abang, tak baik.... huh huh, mintak maaf ye"

Tapi setitik zarah pun aku tak rasa nak lepaskan pegangan tu, malah semakin erat aku membalas pegangan kanak2 lelaki tersebut.

"Tak pe kak, biasalah budak2"

Tiba2 si wanita yang juga ibu kanak2 tersebut menarik tangan anaknya yg erat memegang tangan aku sehingga terlepas. Aku memberi senyuman kepada mereka sebagai tanda yang aku tidak cedera ataupun tersentuh hati dengan perlakuan anaknya itu. Wanita tersebut berkata lagi:

"ish adik ni, jangan pegang tangan abang macam tu lagi ye"

Seraya kanak2 tersebut bersuara,

"Asyid tak ade ayah"

Renungan tepat Asyid dilontarkan kat mak dia, renungan yang meminta penjelasan mengapa dia kehilangan kasih sayang itu. Si ibu terdiam, langsung tidak memandang aku, malah terus tunduk seperti menyimpan sesuatu yang pasti akan disimpan selama-lamanya. Pandangan aku terus kepada asyid, aku rasa macam nak pitam, terasa seperti mimpi yg kurang terang dan kurang juga gelapnya. Aku kembali sedar lepas kaki aku tersadung kat penamat 'escalator' yang membuatkan pandangan aku teralih memandang tempat utk aku berpegang supaya tak jatuh mencium lantai dihadapan manusia2 yg cukup bersedia untuk gelak dan mengumpat. 
Aku terus berjalan tanpa melihat kembali kepada Asyid dan ibunya walaupun aku rasa macam nak je ajak budak tu lepak kejap, dapat cappucino segelas pun jadilah. Sedar tak sedar, orang dah mula usha muka aku, aku kekalkan rentak jalan sehinggalah tiba di selekoh yang dikenalpasti sebagai tempat yang tak ramai orang, aku lap muka spenuhnya untuk menghilangkan air mata yang dah jatuh hampir 100meter aku jalan kaki, penuh sampai ke tengkuk.

Cerita ni tak la panjang sangat, dan tak ada la sambungan yang menarik sehingga scene 'dumbledor' menyihir naga berkepala 4 menjadi 'Harry Potter' terhasil. Tapi cerita ni mempunyai banyak maksud yang boleh dimanipulasikan, bermula dari Kasih-sayang, Kesetiaan, Keredhaan, Kekuatan dan Semangat, serta Amanah.


SyauQi Fadeli
-theboyyouknew-
2nd August 2011, 2110

Monday, August 1, 2011

SELAMAT BERSAHUR.

Hmmm..


0554 pagi, dan ternyata mata aku tidak boleh lelap dah.
Hari ni bermulanya puasa di bulan Ramadhan selama sebulan dan impianku ialah untuk berpuasa penuh pada tahun ini, dan aku perlu mengelak dari perkara2 yang boleh melemahkan aku.


Tapi 1st sahur ni aku agak diluar kawalan, fikiran aku asyik bercelaru memikirkan perkara yang tak pasti. Hidup yang memerlukan 1001 pengorbanan bukanlah sesuatu yang mudah untuk semua orang hadapinya.
Telah aku cuba untuk membiarkan segala peristiwa hitam yang wujud ini berlalu tanpa khabar, dan ternyata aku masih dibelenggu kekecewaan yg melampau sehingga menimbulkan kesan kepada kehidupan seharianku sekali lagi.
Aku lelaki, kenapa hati aku tak kuat?.. kerana aku dpt rasakan tiada lagi pengalaman hitam ke atasku selepas ni kerana telah hilang tiga per tiga perasaan untuk memiliki lagi. Disamping kajian yang dilakukan secara rawak, aku kecewa dengan keadaan sekeliling yang tidak lagi menyebelahi aku, ini membuatkan aku bersendiri dan berjalan di atas kaki sendiri sepenuhnya.
Ternyatalah aku buntu untuk meneruskan perjalanan dan buntu untuk memilih haluan seterusnya. Kemurungan kembali lagi, menjadikan diri sendiri sebagai mangsa, hidup aku jadi kucar-kacir dan kata2 kurang enak mula menari2 di hadapan mataku tanpa belas kasihan.


Inilah nasib si perantau, hanya aku bertemankan aku. Cuba mengubah nasib untuk masa hadapan tetapi diri sendiri telah memberi halangan untuk aku meneruskannya.
YaAllah, airmata subuh ramadhan pertama ini aku serahkan sepenuhnya kepada kau, jangan pernah keringkan air mata ini supaya ia bisa menjadi teman aku dikala aku memerlukannya, maka tiadalah lagi perkara lain yang boleh mengganti kesetiaan air mata ini untuk menjadi teman sepanjang hariku.



SyauQi Fadeli
-theboyyouknew-
1st August 2011, 0613


Sunday, July 31, 2011

SYAZWAN FADELI, KEPUTUSAN SPM YANG HEBAT! =)

Salam..

Walaupun agak terlewat untuk update story ni, tapi ketahuilah yang ini sahaja masa yang aku ada nak ucap tahniah kepada Syazwan Fadeli.

Semoga anda memperoleh kejayaan yang cemerlang dan kekalkan imej yang sedia ada sekaligus melengkapkan diri dengan kejayaan-kejayaan yang bakal tiba. Kuatkan hati, jadikan abah sebagai idolamu, jadikan abg Syafiq sbgai kekuatanmu, jadikan Syarqawie sebagai penemanmu, dan jadikan Haqiem sebagai pendorongmu.

Aku doakan adik2 aku sentiasa berjaya dunia akhirat =)





SyauQi Fadeli
-theboyyouknew-

Tuesday, July 26, 2011

28 July 2011 ~ PERTEMBUNGAN DUA RAJA HUTAN.

Seperti sedia maklum, Pasukan Harimau Malaya akan meneruskan perjuangan untuk misi membalas dendam bagi menentang Singapura pada khamis ini. Berbekalkan 3jaringan di tempat lawan, Harimau malaya cuma memerlukan 2 gol tanpa balas untuk memastikan maruah yg dikelar baru2 ini ditebus di Stadium Bukit Jalil nanti.

Berdasarkan rekod, Pasukan Malaysia tidak pernah tumpas dalam sebarang perlawanan antarabangsa yg diadakan di Stadium Bukit Jalil. Pastikan rakyat Malaysia memberi sokongan padu disamping balingan mercun dan pancaran laser di stadium nanti........... yang tidak dibenarkan..
hehe  (nanti singaporean jadikan isu plak, panas blog aku)

26 July 2011 ialah hari pertama tiket dijual, 60,000 tiket telah habis dijual setakat jam 5 petang tadi dan tiket perlawan boleh didapati di stadium petaling jaya dan stadium shah alam berikutan tiket di stadium bukit jalil telah habis dijual (pergh!)

Masa balik kerja tadi pun dah sesak, mcm mana la hari perlawanan nanti, agak2 macam mana aku nak balik umah dan sempatkah aku tiba di stadium sebelum aku kehilangan tempat duduk grandstand yg telah disponsor khas oleh ^&^#$%.

Bagi aku, Malaysia mempunyai peluang yg lebih cerah untuk menutup amukan sang singa. Kelebihan penyokong adalah menjadi sandaran utama kerana kecenderungan menyokong bola sepak rakyat malaysia telah meningkat disamping skill2 menyokong yang kemas dan sekata.

Persiapkan gendang anda!
Persiapkan sepanduk anda!
Persiapkan amukan anda!

Kita Harimau Malaya
Kita lenyapkan kuasa singa
Kita bangkitkan semangat perang
Kita adalah juara!

p/s: tiket aku tak dengar crita lagi ni, memang aku lempang muka orang yg sembang kencang ari tu! memang aku lempang!

Sunday, July 24, 2011

KINI AKU ADA ADIK-BERADIK PEREMPUAN ::))))) MohdSyafiq~ZaismaFirdani

.


Let's Share Da Story.



Selama 23 tahun aku hidup bersama umi-abah serta 4 adik-beradikku yang kesemuanya lelaki.. Mereka yang bertuah itu ialah Apik, Awie, Awan, and Atem.
Al-kisahnya, semasa mengandungkan adik aku yg bongsu, ibu aku sangat berharap agar dapat menimang cahaya mata perempuan setelah 17 tahun menjaga dan mendidik 4 orang anak lelaki yg kebanyakannya 'buas' dan 'overactive' (aku paling teruk, rujuk umi aku :p). Tetapi itulah takdir Allah, Beliau tetap dikurniakan cahaya mata lelaki seberat 3.4kg (0.2 lebih ringan dari aku semasa dilahirkan :0). Dalam diam, aku bersyukur dapat adik lelaki, kerana mengikut firasat aku adalah menjadi satu tanggungjawab yang TERLAMPAU BERAT untuk menjaga seorang anak perempuan pada keadaan dunia skrg ni. Anda faham apa maksud saya =)
Kami sekeluarga bersyukur mendapat adik bongsu lelaki kerana dikurniakan Allah kepadanya sifat rajin, beradab, pintar dan tidak mudah terpengaruh. We call him Atem!

Secara jelasnya, artikel aku kat atas tu dah jauh terpesong dari tajuk yang aku pilih, jadi tanpa membuang masa, jom teruskan.

Kalau tak silap aku la, kisah ini bermula tahun lepas, ketika aku berkhidmat di Kemaman, Terengganu. Umi aku memaklumkan yang abg aku akan mengikat tali pertunangan seterusnya akan melangsungkan akad nikah dalam tempoh kurang setahun. Tiba-tiba aku jadi panik dan lidah jadi kelu, maklum la macam tak percaya akhirnya umi aku bakal dimakbulkan doanya oleh Allah SWT untuk memiliki anak perempuan!..
Umi aku mengajukan pertanyaan "tunang nnt jauh, qie nak ikot ke? klu busy atau kerja tak pe lah, kawin nnt ada lagi, Qie boleh join". Kurang satu saat aku jawab soalan tu "ikot ikot".

Maka tibalah saat pertunangan 'si tegas' Syafiq dgn pilihannya di satu kawasan di tengah2 semenanjung Malaysia. Secara tepatnya, aku ni teruk sikit, berbandingkan dengan adik-beradik yang lain, aku la paling diluar kawalan. Benda yang buat aku teruja sangat nak pergi majlis pertunangan tu sbb nak tengok bakal ipar aku, jenis apekah dia, warna apakah dia, enjin apakah dia, dan sekomando manakah dia. Aku ni memang cerewet sket dalam bab2 ni, n aku tak peduli apa orang cakap sebab benda ni ada kena-mengena dgn aku, dan ketiak orang lain tak geli pun. hehe

Dah siap berpantun-pantin, berkias-kiyis, berbicara-ciri dan ber bla bla bla............... akhirnya tercapailah persetujuan yang menggembirakan. Aku ni dari awal lagi duduk xsenang, dok cari bakal ipar aku tp tak kelihatan, yg ada cuma adik aku yg terhangguk-hangguk kat sebelah aku ni dengar orang berbincang, macam 'POKKO'.

Akhirnya umi aku nk masuk dlm umah jumpa tunang abg aku, aku pun terus la lincah ikot dia, perasaan malu da letak tepi wlpun mmg aku tahu kat dalam tu penuh dengan gadis2. Aku bawak la camera aku, nk ambik gambar. Pastu aku terpandang seorang gadis yg berlainan pakaiannya dr tetamu lain, berlainan serinya dari tetamu lain, dan berlainan cara pandangnya dari orang lain. Yes! tu dia bakal ipar aku, stakat ni aku masih tiada comment dgn apa yg aku lihat, STAGE 1 PASSED!

Pastu aku pun dengan suara ala2 Damien VE panggil abg aku, nk mntak dia berduet ngn tunang dia utk ambk gambar sbgai kenang-kenangan. Pastu aku terdengar satu suara garau ala2 Lah VE (kalah suara aku) berkata "jangan ambik gambar, tak manis, dah btol2 nikah n sah jadi suami isteri nanti baru boleh ambik gambar berdua".
Aku tunduk, angkat DSLRD90 aku dan menolak switch off. Dengan muka yg penuh serius, aku berjalan keluar dari rumah, hati aku berbisik "PERFECTLY PASSED!".

Baru-baru ni mereka dah melangsungkan pernikahan yang berlangsung jauh diseberang Laut China Selatan. Kini aku dah ada kakak n parents aku dah ada anak perempuan. Suatu perkara yang sangat menerujakan kami sekeluarga!.. 'Kak, u're welcome to be part of this family'. =)


Sebagai anak yang kedua, aku mula risau, kepala lutut yang tercabut ni mulai goyang, kepala yg bingai ni mulai berdenyut, tangan yang perkasa ini mulai menggeletar, dan wallet yg baru dibeli ini tibe-tibe mampu bersuara sinis. Kerana selepas pernikahan abg aku, umi aku telah melafazkan sesuatu kepada aku, "Qie, awak dah kerja, klu ada yang berkenan bawak jumpa lah umi. Abg syafiq dah selesai da".


mampos aku~~~~~




SyauQi Fadeli
-theboyyouknew-

UPDATED STORY VOL. 1

1.1 IMPIAN

1.2 KERJAYA

1.3 HARIAN

1.4 PERMASALAHAN

1.5 SAMPINGAN


1.1 IMPIAN
- Aku ada banyak impian. Ada yg releven dan ada yg xmasuk akal, tp tak salah kalau aku meletakkan kedua2 perkara tersebut dalam impian aku sbb sekurang2nya cabaran dlm hidup aku makin padat. 
Segala impian tu dilihat cerah dan ternyata tidak tergelongsor dari landasan yang aku tengah hadapi skrg ni. Aku cuma perlu kuatkan hati dan jiwa agar tidak terpengaruh dengan sesuatu yg boleh merosakkan impian aku tu. Kadang2 walaupun aku tahu buat satu2 kesalahan itu boleh menjejaskan impian aku, tp aku tetap buat sbb nafsu dan keinginan yg menguasai fikiran, sbb tu aku perlu kuatkan hati dan jiwa aku..

1.2 KERJAYA
- Masih lagi mengekalkan kualiti kerja yang menarik, dan mula menaruh kepercayaan terhadap usaha yg melampau. Even memang penat yg melampau, balik lewat malam, travel sampai xmasuk akal, dan kekurangan tenaga bantuan, nekad utk meletakkan semua perkara tersebut di belakang.. hmm, satu motivasi yg bagus.. thumbs up!
Dapat tawaran utk berkhidmat kembali di OilNGas adalah sesuatu yg menerujakan aku. Aku just kena cool, kene fikir masak2, sal gaji, sal tekanan kerja, sal life n kerja, n sal keadaan company tu. Buat masa skrg aku dah tolak 2job OilNGas. Klu dapat lagi pasni, aku ku fikirkan kembali.

1.3 HARIAN
- Hari bekerja mmg xbanyak yg barubah dalam tentatif idop aku. Tapi skrg aku bangun agak awal, 545am hp aku dan memekak dengan tone nokia zaman purba, mmg mengbingitkan telinga. Kebiasaannya aku buat benda yg sama bila waktu kerja, office + yard + Project site. Balik je rumah, mmg terus tidur. Bergantung kpd situasi, kadang2 ada rasa nak lepak, kadang2 ada meeting, kadang2 ada party, so dengan kata lain waktu malam aku xteratur sgt.
Weekend aku xmenarik sgt, dari pagi sampai petang aku just berada kat umah kemas bilik, ubahsuai bilik dan apa2 je kerja yg berkenaan ngan bilik aku, aku sendiri pun xtahu apa jenis perangai jambu yg wujud dalam perangai aku ni, haha..Waktu malam agak sama ngn weekdays, xteratur sgt la. Skurang2nya aku akan lepak minum kat area umah aku.  <--- harian aku membosankan dan xmenarik sgt!

1.4 PERMASALAHAN
- Huh! topic ni yg menjadi pantang dalam idop aku nak cite kat orang!.. tp aku cuba update kat sini agar korg dpt faham kenapa aku digelar 'sombong'. hahaha..
Paling ketara, sumpah aku xcukup tidor, paling lama aku xpernah tido ialah selama 3hari. Mata mmg rabak tp tenaga melampau2 plak, camne nak paksa diri utk tido klu camtu.
Aku selalu dapat order utk buat project kat site last minit, aku sgt stress bila benda ni jadi, aku kena cover evrything dalam masa yg terlampau singkat. Aku lebih tertekan klu ada mistake masa buat project, banyak benda yg aku dipertanggungjawabkan. Benda mcm ni yg selalu mengganggu kondisi mental dan kepala aku dgn teruk.
Setiap hari aku travel almost 100km, so every 2month aku dah kena service kereta aku. Milledge aku dah hampir 80,000. Aku isau kondisi kereta kerdil aku tu, makin lama makin lain macam dah kete tu.
Aku kekurangan pakaian, baju xcukup, seluar ngam2, yg dalam punya pakaian lebih sehelai. Dokat je the mines utk aku shopping suma tu, tp kena faham tentang 'PENAT & TIADA MASA'    sigh!

1.5 SAMPINGAN
- Aku perlukan laptop baru, table mixer baru dan kasut baru. Duit oh duit..... tggu masanya sahaja.
Aku ni banyak sgt la HP, baru dapat BB baru dr boss. HP yang selebihnya tu bukan xnak jual, tp klu kat kedai ambik rendah sgt, sampai lebih dari 3kali ganda dia nak bayar, aku sanggup xnak jual walaupun aku xguna HP tu. So HP2 yg xguna aku simpan dalam laci, harap xkarat n xrosak la sampai ada buyer yang nak beli nnt. Bgtau aku klu korg nak HP, aku kasi special price.

peace~


SyauQi Fadeli
-theboyyouknew-

Tuesday, July 12, 2011

JAKET OH! JAKET.

Okay guys. Sebelum aku melelapkan mata yang sangat la berat pada ketika ni, izinkan aku buat satu iklan. Jom aku attach satu gambar untuk rujukan hangpa semua!


                                                 ~ Gambar sekadar hiasan~



Ini namanya gambar, mempunyai 4bucu tepat, bersaiz sederhana, lighting yang kurang kemas, dan dilengkapi dengan model yg bergaya!

Persoalan yang timbul di benak aku pada malam yang dingin gini ialah, kehilangan jacket hijau gelap yang menjadi misteri. Aku tak sedar bila ia hilang, langsung tak sedar kenapa ia perlu menghilangkan diri, dan tak sedar kenapa masih mahu menjadikan 'hilang' sebagai satu tabiat!

Itu bukan apa yang aku nak cerita kat hangpa semua malam ni... Apa yang aku nak cerita ialah, kalau ada sesiapa yang ternampak, tersimpan, ter'cerek', tersonglap, atau ter ber pun adoi! dengan baju ni, harap jasa baik anda semua untuk pulangkan pada saya. Boleh contact saya terus kat sini atau UQIcrew@gmail.com.


p/s: itu limited edition bhai. Selain aku, Barrack Obama je yang ada.




SyauQi Fadeli
-theboyyouknew-

Saturday, July 9, 2011

SELUAR YANG BERJASA

Levi's strauss 501, dalam kenangan.



Seluar ni banyak jasa dengan penulis sejak 3 tahun lalu. Tapi hari ini, diiringi dengan air mata, penulis terpaksa membuang seluar itu kerana kondisi yang tidak lagi mengizinkan.

jom usha apa yg best pasal seluar ni.

1 -Penulis mula memakai seluar ini sejak tahun terakhir belajar di Universiti, Walaupun penulis agak kecewa pada awalnya kerana seluar ini tidak menepati spesifikasi lengkap yg penulis inginkan. Tetapi lama-kelamaan seluar ini menjadi seperti darah daging kaki penulis sendiri.

2 -Semasa bekerja di Kuantan dan Kemaman, seluar ini lah peneman segala pahit duka. Menjadi seorang pekerja lulusan Universiti tidak semestinya akan bekerja di office besar dan ditemani PA yang mengiurkan. Seperti penulis, heavy industry menjadi pilihan utk melanyak seluar ni.

3 -Hahaha, belum cerita dah tergelak.. Walaupun levi's ni penulis gunakan utk pergi bekerja, levi's ni jugaklah penulis gunakan utk berdating. Cukup je hujung minggu, basuh seluar tu sampai lebam tangan sebab nak bersihkan kotor2 semasa bekerja.



Apa yang istemewa pasal seluar ini ialah, menjadi peneman ketika susah senang penulis, bangun duduk penulis, tumbang berdiri penulis, sedih gembira penulis. Seluar ni pernah berada di lautan, di daratan, di udara, dan didalam minyak hitam :p ....

Apa pun cerita yang terpaksa penulis rahsiakan tentang seluar ini, ia tetap mengimbau sejuta dua pengalaman berharga buat penulis.

Selamat tinggal teman.

Friday, July 1, 2011

IT'S 30th JUNE...!!!! =)

Evening peeps! =)))

Masih kenal penulis?......

yes!... uQi FadeLi.. ---> apa pun tak boley!..

30thJune!.. it's my birthday yao!.. damn! i'm going to die!.. hahaha ;D

First of all, penulis nak rakamkan ucapan terima kasih kepada semua yg telah mmberi ucapan, penulis mendoakan agar kalian sentiasa diberkatiNYA.

Agak parah utk episod kali ini, gimik yg penulis buat mendatangkan kemarahan segelintir sahabat. Penulis sengaja tutup wallpost di FB dan tidak update sebarang status sepanjang hari. hahaha ;D

Ucapan Jutaan terima kasih dan tahniah kepada LIZA, my babe buddy yg menjadi org pertama 'wish', merangkap org pertama yg 'wish' sebelum tiba waktunya. Lbh kurang jam 4petang 29June. LIZA, anda tidak pernah mengecewakan saya ;p

Juga tidak lupa kepada A'AN, anda menjadi orang kedua yg 'wish' dan merangkap yg kedua 'wish' sebelum tiba waktunya. Lbh kurang jam 7malam 29june. tq bro ;)

NUR WENNY AZMAN, menjadi orang ketiga yg wish, merangkap yg pertama yg wish pada 30june, iaitu tarikh penulis dilahirkan. Tepat jam 12malam (maybe 1201 :p), sgt sharp! ;)

Jom kita lihat sedikit highlight ucapan dan doa sempena menyambut hari kelahiran penulis.


MY STATUS COMMENT @ FACEBOOK


MESSAGE @ FACEBOOK



TAGGING @ FACEBOOK



FAMILY
Adik penulis 2 orang ni dah agak parah, memang meminta kaki apabila pulang ke kampung nanti. Yang sorang lg sejam nak masuk 1Julai baru nak wish. Lagi sorg lupa umur aku brape. Nasib baik la penulis seorang abg yg baik, kalau tak........ heeeeeeee ;)

Wednesday, April 20, 2011

HANYUT~~~~

hye guys.. its been very double fuckin' long time i leave dis best fren, maybe i just need it when im alone, n mybe when i got to say something..

for now the situation, i got smthing to say, maybe its weird to let u know, but sometimes i need to..

the memories i shared, its fuckin trap!





I have been alone with you inside my mind
And in my dreams I have kissed your lips a thousand times
I sometimes see you pass outside my door
Hello, is it me you are looking for?

I can see it in your eyes
I can see it in your smile
You're all I've ever wanted, my arms are open wide
because you know just what to say
And you know just what to do
And I want to tell you so much, I love you ...

I long to see the sunlight in your hair
And tell you time and time again how much I care
Sometimes I feel my heart will overflow
Hello, I've just got to let you know

'Cause I wonder where you are
And I wonder what you do
Are you somewhere feeling lonely, or is someone loving you?
Tell me how to win your heart
For I haven't got a clue
But let me start by saying, I love you ...

Hello, is it me you're looking for?
'Cause I wonder where you are
And I wonder what you do
Are you somewhere feeling lonely or is someone loving you?
Tell me how to win your heart
For I haven't got a clue
But let me start by saying ... I love you

Tuesday, March 1, 2011

TITIPAN BUAT SI BUNGA ~ NBM (PART 2)

kamu adalah aku

matamu adalah penentu hidupku

perwatakan mu adalah imanku

dirimu adalah kebahagiaan aku

masa depanmu adalah harapanku

hatimu adalah kunci ku






airmatamu adalah kehancuranku

penderitaanmu adalah airmataku

lukamu adalah panahan untukku

kekalahanmu adalah penamat hidupku

kekecewaanmu adalah kejatuhanku

kesakitanmu adalah kematianku


kamu adalah aku.

Wednesday, February 16, 2011

TITIPAN BUAT SI BUNGA ~ NBM

Assalamualaikum 'bunga'.

Dikesempatan lewat malam begini, kumbang berhasrat untuk menulis titipan buat bunga tulus dari hati kumbang yang ingin bercerita.

Pertamanya, ingin kumbang bangkitkan bahawa tiadalah niat kumbang untuk melakukan sebarang salah laku manusia kepada bunga seperti mengutuk, mencaci, menyindir dan sebagainya. Ikhlas dari hati, kumbang hanya ingin bercerita kerana medium ini sahaja yang boleh meletakkan diri kumbang dalam keadaan yang tenang..

Bunga,

tidak pernah terlintas di fikiran kumbang untuk menyalahkan sepenuhnya kepada bunga atas apa yang telah berlaku. Tiada gunanya kumbang melakukan sedemikian sedangkan kumbang tahu tiada hasilnya untuk diri kumbang melakukan sedemikian rupa.

Dalam hidup, kumbang hanya mengharapkan agar bunga sejahtera di dunia dan akhirat, seperti mana yang dikehendaki oleh seseorang kepada mereka yang disayangi. Tidak terlintas di hati kumbang untuk melukakan atau membuatkan bunga bersedih, cuma kadang2 kumbang takut dengan diri sendiri, xsanggup lagi menghadapi seksaan yang kumbang dah hadapi.

Kumbang sangat2 harap agar bunga dapat jadi seorang wanita yang indah pekerti dan langkahnya agar bunga dapat memiliki segala yang dijanjikan nikmat oleh Allah swt kepada hambanya yang beriman.

Kumbang juga berharap, bunga gunakanlah masa dua tahun lebih ini untuk mencari diri bunga sendiri dan dapat menjadi seorang gadis yang seperlakunya gadis. Adalah berat di hati kumbang untuk meletakkan harapan yang begitu lama kepada bunga, tetapi kumbang percaya akan kemampuan bunga. Kumbang tidak mengharapkan apa2 yang besar dari bunga, kumbang hanya mengharapkan agar bunga menjadi lebih baik dan fahami apa yg dah berlaku, itu sudah membuatkan kumbang gembira.

Kumbang tiada berniat jahat untuk berdiam diri dengan bunga, cuma ketakutan yang melampau memaksa kumbang untuk merelakan masa itu pergi.

Tiba masanya nanti, saat bunga dah kembali mendapat jati diri yang tepat, izinkan kumbang tahu tentang berita itu, tidak kisahlah berapa lama pun masa yang bunga perlukan, sekurang2nya kumbang ingin tahu yang bunga sudah bersedia untuk menghadapi hari2 mendatang.

Salam sayang dari kumbang, untukmu bunga ~~~ NBM


p/s: i will fly to labuan tomorrow, pray for me..

Monday, February 14, 2011

KERJA - keperluan atau kemahuan

Keperluan atau kemahuan?

ya, kedua perkara tersebut amat berhubung kait antara satu sama lain. keperluan adalah satu kemahuan, dan kemahuan adalah satu keperluan.

Dua perkara sama yang berbeza ini boleh membuatkan manusia hilang keseimbangan tentang hala tuju kerja mereka, ini diungkit berikutan beberapa dakwaan dilempar bahawa kerja adalah salah satu faktor kemusnahan satu2 institusi perhubungan..



Jom kita baca apa pendapat penulis,

bagi penulis, seseorang insan itu PERLU bekerja untuk memenuhi KEPERLUAN hidup. Manusia perlu bekerja untuk menyara diri sendiri dan tanggungan (jika ado lah). Hal ini menjadi satu kemestian apabila seseorang itu bergelar lelaki. Lelaki adalah satu genetik yang dihasilkan berbeza dari perempuan. Lelaki diciptakan untuk menjadi pemimpin dan pembela, jadi tidak mustahil lah jika penulis mengatakan lelaki perlu lebih kuat bekerja berbanding wanita.

Tidaklah penulis ingin membuat perbandingan antara lelaki dan wanita, tetapi hanya utk menyedarkan semua lelaki bahawa anda adalah penggerak masa depan dan anda yang menentukan segalanya.

Bagi perempuan pula, anda adalah ibarat baja yang perlu ditabur supaya pokok kelihatan lebih segar. Dengan kata lain, anda adalah pendorong kepada lelaki untuk bekerja, tak kisah lah suami anda, teman lelaki anda mahupun rakan anda.

Apabila usaha dan dorongan yang sempurna, disamping persefahaman yang baik antara dua individu yang berhubung kait, maka hapuslah satu masalah dalam kehidupan, iaitu kerja yang memusnahkan perhubungan.

Saturday, February 12, 2011

HOSNI MUBARAK DIGULING, KEMENANGAN UNTUK WARGA MESIR!

Presiden Mesir, Hosni Mubarak akhirnya telah membuat keputusan untuk berundur daripada jawatan Presiden Mesir.

Di dalam satu pengumuman di siaran televisyen negeri itu, Timbalan Presiden Mesir, Omar Suleiman berkata, Mubarak telah menyerahkan kuasa kepada tentera.

Keputusan ini jelas sekali menggambarkan kemenangan besar rakyat Mesir yang sebelum ini telah melakukan tunjuk perasaan besar-besaran menggesa pemimpin zalim itu agar meletak jawatan.





Penguman itu disambut dengan sorakan gembira, dan kibaran bendera oleh rakyat Mesir yang berkumpul sejak 18 hari lalu.

Laporan BBC News memetik ucapan timbalan Presiden Mesir Omar Suleiman seperti berikut,

"In the name of God the merciful, the compassionate, citizens, during these very difficult circumstances Egypt is going through, President Hosni Mubarak has decided to step down from the office of president of the republic and has charged the high council of the armed forces to administer the affairs of the country,".


sumber: http://milosuam.blogspot.com/2011/02/hosni-mubarak-letak-jawatan-rakyat.html#ixzz1DgnZ2PIl

Dengan berundurnya Hosni Mubarak, berakhirlah ketegangan di Mesir selama 18hari yang mengorbankan banyak nyawa.

Kemenangan ini membuktikan kebangkitan suara rakyat Mesir yang ditindas oleh kekejaman pemerintahan Hosni Mubarak.

Penulis menyarankan agar semua pihak mendoakan kesejahteraan rakyat Mesir setelah berjaya memakbulkan keinginan mereka.