Monday, January 31, 2011

ADA APA DENGAN GELANG BIRU? (peraduan meneka jawapan di dalam)

Gelang adalah perhiasan yang dipakai melingkar di pergelangan tangan. Gelang pada dasarnya dibuat dengan bahan2 berantai, juga boleh disertai dengan manik-manik. Gelang juga boleh dibuat secara bervariasi dari batu, berlian, mutiara, kristal, kerang, kayu, dengan bentuk dan ukuran yang berbeza.

Gelang digunakan sebagai pemanis untuk pergelangan tangan, selain itu juga gelang mempunyai khasiat2 tersendiri kepada si pemakainya. Gelang berasal dari perkataan latin iaitu 'bracile' yang bermaksud 'terletak di lengan'. Bagi masyarakat America Latin, Gelang mengelakkan bayi2 diganggu oleh unsur2 syaitan, untuk itu bayi2 dipakaikan gelang pada lengannya.
Berbeza pula di Mesir, Gelang dipakai untuk membezakan darjat atau status seseorang dan identiti sosial si pemakai. Semakin tinggi nilai gelang yang dipakai, semakin tinggi kekayaan dan darjat si pemakai.
Kini, gelang muncul dengan pelbagai jenis dan style yang digunakan oleh masyarakat untuk pelbagai jenis alasan.




Apa ada dengan gelang biru?


Hari ini penulis ingin berkongsi sedikit tentang seutas gelang yang masih dalam simpanan penulis sehinggalah dituntut kembali pemilik asalnya kelak. Gelang yang bercorak ala2 'bali' yang mempunyai bongkah2 kecil bewarna biru yang berlainan saiz dan bentuknya menambahkan lagi seri si pemakai. Gelang tersebut mempunyai ciri2 seperti berketamadunan dan profile hidup yang tinggi. Sesuai dikenakan ketika bersiar2 di bandar raya Kuala Lumpur mahupun kawasan Rawang sehingga ke Shah Alam.. hehe
Gelang biru tersebut disimpan penulis sejak 2 hari yang lalu membuatkan penulis merasa amat bertanggungjawab untuk menjaga gelang tersebut dengan baik. Ciri2 kecantikan pada gelang tersebut menambahkan lagi semangat penulis untuk menjaga kerana memberi sedikit inspirasi positif terhadap kehidupan dan alam fesyen.
Gelang biru yang digengam erat akan membuatkan aura di masa lampau kembali ligat menari di bayangan seperti Korie Lee dan Linda Jasmine cergas menari berlatar belakangkan lagu 'sway' dendangan micheal buble dan fauziah latif.

Gelang istemewa tersebut adalah kepunyaan seorang gadis yang lembut pekerti dan murni tutur kata. Mempunyai kehidupan istimewa disamping masa depan yang cerah diterangi sinaran bulan purnama dan lampu minyak tanah (bak kata KINGKONG kepala hotakkau!, hehe). Tibe2 lak rasa nak wat dialog seniman bujang lapok.. haha
Beliau yang ditujukan juga adalah seorang yang mempunyai indah perilaku walaupun kadang2 agak tersasar seperti Keretapi dari seremban ke tanah merah yang melalui laluan berminyak. Adalah menjadi lumrah manusia untuk tidak sempurna, dan sebaik2 manusia adalah manusia yang cuba untuk berubah iaitu dengan mengiakan perkara yang diiakan dan menidak perkara yang ditidakkan. (apsal tersasar jauh dari cerita gelang ni? haha)
akhir kata, dengarkan lagu ini...

gelang..... si paku gelang...
gelang..... si rama-rama.....
pulang..... marilah pul......


??????????...........

hahahahaha =D

{eseeentiaiaaesaadiaiheshaatiai}

p/s: sape leh jawab code diatas, penulis berhasrat untuk belanja makan.

No comments:

Post a Comment