Thursday, August 4, 2011

SELAMAT TINGGAL KUALA LUMPUR





Detik ditenggelami detik,
Masa dicemburui masa,
Langkah ditinggalkan langkah,
Peristiwa.... tetap disitu....




Entri kali ni, tiada yang menarik untuk dikongsi. Seperti dua entri yang sudah, semua ditinggalkan memori dan tulisan untuk tatapan satu hari nanti untuk dijadikan bukti kekal perjalanan yang mengajar erti kehidupan yang tidak pernah difikirkan boleh diteladani dan hati adalah senjata terkuat yang masih berguna.


Sabtu ini aku akan meninggalkan Kota Kuala Lumpur, masih berbaki 2 hari lagi untuk aku berada di sini dan menonton siri kegemilangan Kota Kuala Lumpur yang gah diperkatakan, walaupun kadang-kala timbul sifat was-was untuk aku meletakkan perkataan 'kegemilangan' di dalam sebarang penulisan aku tentang Kota ini. Kini, nekad aku mempergadaikan tanggungan dan masa depan demi memberi peluang kepada diri aku sendiri merasai nikmat yang berbeza, insyaAllah.


Aku bukanlah meraih simpati kerana mempertaruhkan masa depan iaitu perkara yg dikejar semua manusia, aku juga bukanlah terlanjur mencuri selendang-Nya untuk menidakkan perkara yang belum terjadi, tapi aku hanya merancang untuk kecelakaan yang tidak mampu untuk aku elak lagi. 


Selamat beristirehat kepada anda semua, selamat maju jaya dan semoga anda semua berada di dalam lingkungan orang2 yang diberkati Allah swt.


Harapan aku ialah, jadilah manusia yang merancang. Supaya perjalanan yang anda semua bakal tempuhi menjadi tenang, teratur dan selamat. Tutup mata anda, fikirkan sejenak, rasakan sentuhan kata2 hati, luahkan untuk lebih keyakian, dan seterusnya anda bakal mendapat satu keputusan yang baik. Sekurang-kurangnya anda tidak akan terlepas sekecil-kecil peluang, berbanding berhadapan dengan sekecil-kecil kegagalan yang pedih dan menyakitkan.




 ~Anda adalah perancang, anda yang tentukan~




Akhir kalam dan penamat ilustrasi ini, aku amat berharap semoga aku lebih tabah dlm kehidupan yang bakal aku tempuhi selepas ini setelah menyerahkan diri sepenuhnya kepada kepercayaan dan keikhlasan. 


mohon doa dari kalian.. tq all.






SyauQi Fadeli
-theboyyouknew- '11
usaha + doa + tawakkal = MESTI DAPAT

No comments:

Post a Comment