Sunday, July 24, 2011

KINI AKU ADA ADIK-BERADIK PEREMPUAN ::))))) MohdSyafiq~ZaismaFirdani

.


Let's Share Da Story.



Selama 23 tahun aku hidup bersama umi-abah serta 4 adik-beradikku yang kesemuanya lelaki.. Mereka yang bertuah itu ialah Apik, Awie, Awan, and Atem.
Al-kisahnya, semasa mengandungkan adik aku yg bongsu, ibu aku sangat berharap agar dapat menimang cahaya mata perempuan setelah 17 tahun menjaga dan mendidik 4 orang anak lelaki yg kebanyakannya 'buas' dan 'overactive' (aku paling teruk, rujuk umi aku :p). Tetapi itulah takdir Allah, Beliau tetap dikurniakan cahaya mata lelaki seberat 3.4kg (0.2 lebih ringan dari aku semasa dilahirkan :0). Dalam diam, aku bersyukur dapat adik lelaki, kerana mengikut firasat aku adalah menjadi satu tanggungjawab yang TERLAMPAU BERAT untuk menjaga seorang anak perempuan pada keadaan dunia skrg ni. Anda faham apa maksud saya =)
Kami sekeluarga bersyukur mendapat adik bongsu lelaki kerana dikurniakan Allah kepadanya sifat rajin, beradab, pintar dan tidak mudah terpengaruh. We call him Atem!

Secara jelasnya, artikel aku kat atas tu dah jauh terpesong dari tajuk yang aku pilih, jadi tanpa membuang masa, jom teruskan.

Kalau tak silap aku la, kisah ini bermula tahun lepas, ketika aku berkhidmat di Kemaman, Terengganu. Umi aku memaklumkan yang abg aku akan mengikat tali pertunangan seterusnya akan melangsungkan akad nikah dalam tempoh kurang setahun. Tiba-tiba aku jadi panik dan lidah jadi kelu, maklum la macam tak percaya akhirnya umi aku bakal dimakbulkan doanya oleh Allah SWT untuk memiliki anak perempuan!..
Umi aku mengajukan pertanyaan "tunang nnt jauh, qie nak ikot ke? klu busy atau kerja tak pe lah, kawin nnt ada lagi, Qie boleh join". Kurang satu saat aku jawab soalan tu "ikot ikot".

Maka tibalah saat pertunangan 'si tegas' Syafiq dgn pilihannya di satu kawasan di tengah2 semenanjung Malaysia. Secara tepatnya, aku ni teruk sikit, berbandingkan dengan adik-beradik yang lain, aku la paling diluar kawalan. Benda yang buat aku teruja sangat nak pergi majlis pertunangan tu sbb nak tengok bakal ipar aku, jenis apekah dia, warna apakah dia, enjin apakah dia, dan sekomando manakah dia. Aku ni memang cerewet sket dalam bab2 ni, n aku tak peduli apa orang cakap sebab benda ni ada kena-mengena dgn aku, dan ketiak orang lain tak geli pun. hehe

Dah siap berpantun-pantin, berkias-kiyis, berbicara-ciri dan ber bla bla bla............... akhirnya tercapailah persetujuan yang menggembirakan. Aku ni dari awal lagi duduk xsenang, dok cari bakal ipar aku tp tak kelihatan, yg ada cuma adik aku yg terhangguk-hangguk kat sebelah aku ni dengar orang berbincang, macam 'POKKO'.

Akhirnya umi aku nk masuk dlm umah jumpa tunang abg aku, aku pun terus la lincah ikot dia, perasaan malu da letak tepi wlpun mmg aku tahu kat dalam tu penuh dengan gadis2. Aku bawak la camera aku, nk ambik gambar. Pastu aku terpandang seorang gadis yg berlainan pakaiannya dr tetamu lain, berlainan serinya dari tetamu lain, dan berlainan cara pandangnya dari orang lain. Yes! tu dia bakal ipar aku, stakat ni aku masih tiada comment dgn apa yg aku lihat, STAGE 1 PASSED!

Pastu aku pun dengan suara ala2 Damien VE panggil abg aku, nk mntak dia berduet ngn tunang dia utk ambk gambar sbgai kenang-kenangan. Pastu aku terdengar satu suara garau ala2 Lah VE (kalah suara aku) berkata "jangan ambik gambar, tak manis, dah btol2 nikah n sah jadi suami isteri nanti baru boleh ambik gambar berdua".
Aku tunduk, angkat DSLRD90 aku dan menolak switch off. Dengan muka yg penuh serius, aku berjalan keluar dari rumah, hati aku berbisik "PERFECTLY PASSED!".

Baru-baru ni mereka dah melangsungkan pernikahan yang berlangsung jauh diseberang Laut China Selatan. Kini aku dah ada kakak n parents aku dah ada anak perempuan. Suatu perkara yang sangat menerujakan kami sekeluarga!.. 'Kak, u're welcome to be part of this family'. =)


Sebagai anak yang kedua, aku mula risau, kepala lutut yang tercabut ni mulai goyang, kepala yg bingai ni mulai berdenyut, tangan yang perkasa ini mulai menggeletar, dan wallet yg baru dibeli ini tibe-tibe mampu bersuara sinis. Kerana selepas pernikahan abg aku, umi aku telah melafazkan sesuatu kepada aku, "Qie, awak dah kerja, klu ada yang berkenan bawak jumpa lah umi. Abg syafiq dah selesai da".


mampos aku~~~~~




SyauQi Fadeli
-theboyyouknew-

6 comments:

  1. Trima kasih, terima kasih... nnt kita gi bekwoh mu plop...hehe

    ReplyDelete
  2. aku?.. tggu mung anak dah dua baru kita bincang.. hehe

    ReplyDelete
  3. silap2 tahun dpn aku ble anak kembar,paka bereh selaluh haha

    ReplyDelete
  4. Memang aku paksa Awie yang kawin.. Ahahaha ;D

    ReplyDelete
  5. Cepat la cari Uqi....jgn buang maa lagi

    ReplyDelete
  6. ahaha.. cari? cari tu yg lemah sket.. jatuh dari langit xde? :p

    ReplyDelete