Sunday, July 24, 2011

UPDATED STORY VOL. 1

1.1 IMPIAN

1.2 KERJAYA

1.3 HARIAN

1.4 PERMASALAHAN

1.5 SAMPINGAN


1.1 IMPIAN
- Aku ada banyak impian. Ada yg releven dan ada yg xmasuk akal, tp tak salah kalau aku meletakkan kedua2 perkara tersebut dalam impian aku sbb sekurang2nya cabaran dlm hidup aku makin padat. 
Segala impian tu dilihat cerah dan ternyata tidak tergelongsor dari landasan yang aku tengah hadapi skrg ni. Aku cuma perlu kuatkan hati dan jiwa agar tidak terpengaruh dengan sesuatu yg boleh merosakkan impian aku tu. Kadang2 walaupun aku tahu buat satu2 kesalahan itu boleh menjejaskan impian aku, tp aku tetap buat sbb nafsu dan keinginan yg menguasai fikiran, sbb tu aku perlu kuatkan hati dan jiwa aku..

1.2 KERJAYA
- Masih lagi mengekalkan kualiti kerja yang menarik, dan mula menaruh kepercayaan terhadap usaha yg melampau. Even memang penat yg melampau, balik lewat malam, travel sampai xmasuk akal, dan kekurangan tenaga bantuan, nekad utk meletakkan semua perkara tersebut di belakang.. hmm, satu motivasi yg bagus.. thumbs up!
Dapat tawaran utk berkhidmat kembali di OilNGas adalah sesuatu yg menerujakan aku. Aku just kena cool, kene fikir masak2, sal gaji, sal tekanan kerja, sal life n kerja, n sal keadaan company tu. Buat masa skrg aku dah tolak 2job OilNGas. Klu dapat lagi pasni, aku ku fikirkan kembali.

1.3 HARIAN
- Hari bekerja mmg xbanyak yg barubah dalam tentatif idop aku. Tapi skrg aku bangun agak awal, 545am hp aku dan memekak dengan tone nokia zaman purba, mmg mengbingitkan telinga. Kebiasaannya aku buat benda yg sama bila waktu kerja, office + yard + Project site. Balik je rumah, mmg terus tidur. Bergantung kpd situasi, kadang2 ada rasa nak lepak, kadang2 ada meeting, kadang2 ada party, so dengan kata lain waktu malam aku xteratur sgt.
Weekend aku xmenarik sgt, dari pagi sampai petang aku just berada kat umah kemas bilik, ubahsuai bilik dan apa2 je kerja yg berkenaan ngan bilik aku, aku sendiri pun xtahu apa jenis perangai jambu yg wujud dalam perangai aku ni, haha..Waktu malam agak sama ngn weekdays, xteratur sgt la. Skurang2nya aku akan lepak minum kat area umah aku.  <--- harian aku membosankan dan xmenarik sgt!

1.4 PERMASALAHAN
- Huh! topic ni yg menjadi pantang dalam idop aku nak cite kat orang!.. tp aku cuba update kat sini agar korg dpt faham kenapa aku digelar 'sombong'. hahaha..
Paling ketara, sumpah aku xcukup tidor, paling lama aku xpernah tido ialah selama 3hari. Mata mmg rabak tp tenaga melampau2 plak, camne nak paksa diri utk tido klu camtu.
Aku selalu dapat order utk buat project kat site last minit, aku sgt stress bila benda ni jadi, aku kena cover evrything dalam masa yg terlampau singkat. Aku lebih tertekan klu ada mistake masa buat project, banyak benda yg aku dipertanggungjawabkan. Benda mcm ni yg selalu mengganggu kondisi mental dan kepala aku dgn teruk.
Setiap hari aku travel almost 100km, so every 2month aku dah kena service kereta aku. Milledge aku dah hampir 80,000. Aku isau kondisi kereta kerdil aku tu, makin lama makin lain macam dah kete tu.
Aku kekurangan pakaian, baju xcukup, seluar ngam2, yg dalam punya pakaian lebih sehelai. Dokat je the mines utk aku shopping suma tu, tp kena faham tentang 'PENAT & TIADA MASA'    sigh!

1.5 SAMPINGAN
- Aku perlukan laptop baru, table mixer baru dan kasut baru. Duit oh duit..... tggu masanya sahaja.
Aku ni banyak sgt la HP, baru dapat BB baru dr boss. HP yang selebihnya tu bukan xnak jual, tp klu kat kedai ambik rendah sgt, sampai lebih dari 3kali ganda dia nak bayar, aku sanggup xnak jual walaupun aku xguna HP tu. So HP2 yg xguna aku simpan dalam laci, harap xkarat n xrosak la sampai ada buyer yang nak beli nnt. Bgtau aku klu korg nak HP, aku kasi special price.

peace~


SyauQi Fadeli
-theboyyouknew-

No comments:

Post a Comment