Saturday, July 9, 2011

SELUAR YANG BERJASA

Levi's strauss 501, dalam kenangan.



Seluar ni banyak jasa dengan penulis sejak 3 tahun lalu. Tapi hari ini, diiringi dengan air mata, penulis terpaksa membuang seluar itu kerana kondisi yang tidak lagi mengizinkan.

jom usha apa yg best pasal seluar ni.

1 -Penulis mula memakai seluar ini sejak tahun terakhir belajar di Universiti, Walaupun penulis agak kecewa pada awalnya kerana seluar ini tidak menepati spesifikasi lengkap yg penulis inginkan. Tetapi lama-kelamaan seluar ini menjadi seperti darah daging kaki penulis sendiri.

2 -Semasa bekerja di Kuantan dan Kemaman, seluar ini lah peneman segala pahit duka. Menjadi seorang pekerja lulusan Universiti tidak semestinya akan bekerja di office besar dan ditemani PA yang mengiurkan. Seperti penulis, heavy industry menjadi pilihan utk melanyak seluar ni.

3 -Hahaha, belum cerita dah tergelak.. Walaupun levi's ni penulis gunakan utk pergi bekerja, levi's ni jugaklah penulis gunakan utk berdating. Cukup je hujung minggu, basuh seluar tu sampai lebam tangan sebab nak bersihkan kotor2 semasa bekerja.



Apa yang istemewa pasal seluar ini ialah, menjadi peneman ketika susah senang penulis, bangun duduk penulis, tumbang berdiri penulis, sedih gembira penulis. Seluar ni pernah berada di lautan, di daratan, di udara, dan didalam minyak hitam :p ....

Apa pun cerita yang terpaksa penulis rahsiakan tentang seluar ini, ia tetap mengimbau sejuta dua pengalaman berharga buat penulis.

Selamat tinggal teman.

No comments:

Post a Comment