Tuesday, July 26, 2011

28 July 2011 ~ PERTEMBUNGAN DUA RAJA HUTAN.

Seperti sedia maklum, Pasukan Harimau Malaya akan meneruskan perjuangan untuk misi membalas dendam bagi menentang Singapura pada khamis ini. Berbekalkan 3jaringan di tempat lawan, Harimau malaya cuma memerlukan 2 gol tanpa balas untuk memastikan maruah yg dikelar baru2 ini ditebus di Stadium Bukit Jalil nanti.

Berdasarkan rekod, Pasukan Malaysia tidak pernah tumpas dalam sebarang perlawanan antarabangsa yg diadakan di Stadium Bukit Jalil. Pastikan rakyat Malaysia memberi sokongan padu disamping balingan mercun dan pancaran laser di stadium nanti........... yang tidak dibenarkan..
hehe  (nanti singaporean jadikan isu plak, panas blog aku)

26 July 2011 ialah hari pertama tiket dijual, 60,000 tiket telah habis dijual setakat jam 5 petang tadi dan tiket perlawan boleh didapati di stadium petaling jaya dan stadium shah alam berikutan tiket di stadium bukit jalil telah habis dijual (pergh!)

Masa balik kerja tadi pun dah sesak, mcm mana la hari perlawanan nanti, agak2 macam mana aku nak balik umah dan sempatkah aku tiba di stadium sebelum aku kehilangan tempat duduk grandstand yg telah disponsor khas oleh ^&^#$%.

Bagi aku, Malaysia mempunyai peluang yg lebih cerah untuk menutup amukan sang singa. Kelebihan penyokong adalah menjadi sandaran utama kerana kecenderungan menyokong bola sepak rakyat malaysia telah meningkat disamping skill2 menyokong yang kemas dan sekata.

Persiapkan gendang anda!
Persiapkan sepanduk anda!
Persiapkan amukan anda!

Kita Harimau Malaya
Kita lenyapkan kuasa singa
Kita bangkitkan semangat perang
Kita adalah juara!

p/s: tiket aku tak dengar crita lagi ni, memang aku lempang muka orang yg sembang kencang ari tu! memang aku lempang!

No comments:

Post a Comment