Sunday, July 31, 2011

SYAZWAN FADELI, KEPUTUSAN SPM YANG HEBAT! =)

Salam..

Walaupun agak terlewat untuk update story ni, tapi ketahuilah yang ini sahaja masa yang aku ada nak ucap tahniah kepada Syazwan Fadeli.

Semoga anda memperoleh kejayaan yang cemerlang dan kekalkan imej yang sedia ada sekaligus melengkapkan diri dengan kejayaan-kejayaan yang bakal tiba. Kuatkan hati, jadikan abah sebagai idolamu, jadikan abg Syafiq sbgai kekuatanmu, jadikan Syarqawie sebagai penemanmu, dan jadikan Haqiem sebagai pendorongmu.

Aku doakan adik2 aku sentiasa berjaya dunia akhirat =)





SyauQi Fadeli
-theboyyouknew-

Tuesday, July 26, 2011

28 July 2011 ~ PERTEMBUNGAN DUA RAJA HUTAN.

Seperti sedia maklum, Pasukan Harimau Malaya akan meneruskan perjuangan untuk misi membalas dendam bagi menentang Singapura pada khamis ini. Berbekalkan 3jaringan di tempat lawan, Harimau malaya cuma memerlukan 2 gol tanpa balas untuk memastikan maruah yg dikelar baru2 ini ditebus di Stadium Bukit Jalil nanti.

Berdasarkan rekod, Pasukan Malaysia tidak pernah tumpas dalam sebarang perlawanan antarabangsa yg diadakan di Stadium Bukit Jalil. Pastikan rakyat Malaysia memberi sokongan padu disamping balingan mercun dan pancaran laser di stadium nanti........... yang tidak dibenarkan..
hehe  (nanti singaporean jadikan isu plak, panas blog aku)

26 July 2011 ialah hari pertama tiket dijual, 60,000 tiket telah habis dijual setakat jam 5 petang tadi dan tiket perlawan boleh didapati di stadium petaling jaya dan stadium shah alam berikutan tiket di stadium bukit jalil telah habis dijual (pergh!)

Masa balik kerja tadi pun dah sesak, mcm mana la hari perlawanan nanti, agak2 macam mana aku nak balik umah dan sempatkah aku tiba di stadium sebelum aku kehilangan tempat duduk grandstand yg telah disponsor khas oleh ^&^#$%.

Bagi aku, Malaysia mempunyai peluang yg lebih cerah untuk menutup amukan sang singa. Kelebihan penyokong adalah menjadi sandaran utama kerana kecenderungan menyokong bola sepak rakyat malaysia telah meningkat disamping skill2 menyokong yang kemas dan sekata.

Persiapkan gendang anda!
Persiapkan sepanduk anda!
Persiapkan amukan anda!

Kita Harimau Malaya
Kita lenyapkan kuasa singa
Kita bangkitkan semangat perang
Kita adalah juara!

p/s: tiket aku tak dengar crita lagi ni, memang aku lempang muka orang yg sembang kencang ari tu! memang aku lempang!

Sunday, July 24, 2011

KINI AKU ADA ADIK-BERADIK PEREMPUAN ::))))) MohdSyafiq~ZaismaFirdani

.


Let's Share Da Story.



Selama 23 tahun aku hidup bersama umi-abah serta 4 adik-beradikku yang kesemuanya lelaki.. Mereka yang bertuah itu ialah Apik, Awie, Awan, and Atem.
Al-kisahnya, semasa mengandungkan adik aku yg bongsu, ibu aku sangat berharap agar dapat menimang cahaya mata perempuan setelah 17 tahun menjaga dan mendidik 4 orang anak lelaki yg kebanyakannya 'buas' dan 'overactive' (aku paling teruk, rujuk umi aku :p). Tetapi itulah takdir Allah, Beliau tetap dikurniakan cahaya mata lelaki seberat 3.4kg (0.2 lebih ringan dari aku semasa dilahirkan :0). Dalam diam, aku bersyukur dapat adik lelaki, kerana mengikut firasat aku adalah menjadi satu tanggungjawab yang TERLAMPAU BERAT untuk menjaga seorang anak perempuan pada keadaan dunia skrg ni. Anda faham apa maksud saya =)
Kami sekeluarga bersyukur mendapat adik bongsu lelaki kerana dikurniakan Allah kepadanya sifat rajin, beradab, pintar dan tidak mudah terpengaruh. We call him Atem!

Secara jelasnya, artikel aku kat atas tu dah jauh terpesong dari tajuk yang aku pilih, jadi tanpa membuang masa, jom teruskan.

Kalau tak silap aku la, kisah ini bermula tahun lepas, ketika aku berkhidmat di Kemaman, Terengganu. Umi aku memaklumkan yang abg aku akan mengikat tali pertunangan seterusnya akan melangsungkan akad nikah dalam tempoh kurang setahun. Tiba-tiba aku jadi panik dan lidah jadi kelu, maklum la macam tak percaya akhirnya umi aku bakal dimakbulkan doanya oleh Allah SWT untuk memiliki anak perempuan!..
Umi aku mengajukan pertanyaan "tunang nnt jauh, qie nak ikot ke? klu busy atau kerja tak pe lah, kawin nnt ada lagi, Qie boleh join". Kurang satu saat aku jawab soalan tu "ikot ikot".

Maka tibalah saat pertunangan 'si tegas' Syafiq dgn pilihannya di satu kawasan di tengah2 semenanjung Malaysia. Secara tepatnya, aku ni teruk sikit, berbandingkan dengan adik-beradik yang lain, aku la paling diluar kawalan. Benda yang buat aku teruja sangat nak pergi majlis pertunangan tu sbb nak tengok bakal ipar aku, jenis apekah dia, warna apakah dia, enjin apakah dia, dan sekomando manakah dia. Aku ni memang cerewet sket dalam bab2 ni, n aku tak peduli apa orang cakap sebab benda ni ada kena-mengena dgn aku, dan ketiak orang lain tak geli pun. hehe

Dah siap berpantun-pantin, berkias-kiyis, berbicara-ciri dan ber bla bla bla............... akhirnya tercapailah persetujuan yang menggembirakan. Aku ni dari awal lagi duduk xsenang, dok cari bakal ipar aku tp tak kelihatan, yg ada cuma adik aku yg terhangguk-hangguk kat sebelah aku ni dengar orang berbincang, macam 'POKKO'.

Akhirnya umi aku nk masuk dlm umah jumpa tunang abg aku, aku pun terus la lincah ikot dia, perasaan malu da letak tepi wlpun mmg aku tahu kat dalam tu penuh dengan gadis2. Aku bawak la camera aku, nk ambik gambar. Pastu aku terpandang seorang gadis yg berlainan pakaiannya dr tetamu lain, berlainan serinya dari tetamu lain, dan berlainan cara pandangnya dari orang lain. Yes! tu dia bakal ipar aku, stakat ni aku masih tiada comment dgn apa yg aku lihat, STAGE 1 PASSED!

Pastu aku pun dengan suara ala2 Damien VE panggil abg aku, nk mntak dia berduet ngn tunang dia utk ambk gambar sbgai kenang-kenangan. Pastu aku terdengar satu suara garau ala2 Lah VE (kalah suara aku) berkata "jangan ambik gambar, tak manis, dah btol2 nikah n sah jadi suami isteri nanti baru boleh ambik gambar berdua".
Aku tunduk, angkat DSLRD90 aku dan menolak switch off. Dengan muka yg penuh serius, aku berjalan keluar dari rumah, hati aku berbisik "PERFECTLY PASSED!".

Baru-baru ni mereka dah melangsungkan pernikahan yang berlangsung jauh diseberang Laut China Selatan. Kini aku dah ada kakak n parents aku dah ada anak perempuan. Suatu perkara yang sangat menerujakan kami sekeluarga!.. 'Kak, u're welcome to be part of this family'. =)


Sebagai anak yang kedua, aku mula risau, kepala lutut yang tercabut ni mulai goyang, kepala yg bingai ni mulai berdenyut, tangan yang perkasa ini mulai menggeletar, dan wallet yg baru dibeli ini tibe-tibe mampu bersuara sinis. Kerana selepas pernikahan abg aku, umi aku telah melafazkan sesuatu kepada aku, "Qie, awak dah kerja, klu ada yang berkenan bawak jumpa lah umi. Abg syafiq dah selesai da".


mampos aku~~~~~




SyauQi Fadeli
-theboyyouknew-

UPDATED STORY VOL. 1

1.1 IMPIAN

1.2 KERJAYA

1.3 HARIAN

1.4 PERMASALAHAN

1.5 SAMPINGAN


1.1 IMPIAN
- Aku ada banyak impian. Ada yg releven dan ada yg xmasuk akal, tp tak salah kalau aku meletakkan kedua2 perkara tersebut dalam impian aku sbb sekurang2nya cabaran dlm hidup aku makin padat. 
Segala impian tu dilihat cerah dan ternyata tidak tergelongsor dari landasan yang aku tengah hadapi skrg ni. Aku cuma perlu kuatkan hati dan jiwa agar tidak terpengaruh dengan sesuatu yg boleh merosakkan impian aku tu. Kadang2 walaupun aku tahu buat satu2 kesalahan itu boleh menjejaskan impian aku, tp aku tetap buat sbb nafsu dan keinginan yg menguasai fikiran, sbb tu aku perlu kuatkan hati dan jiwa aku..

1.2 KERJAYA
- Masih lagi mengekalkan kualiti kerja yang menarik, dan mula menaruh kepercayaan terhadap usaha yg melampau. Even memang penat yg melampau, balik lewat malam, travel sampai xmasuk akal, dan kekurangan tenaga bantuan, nekad utk meletakkan semua perkara tersebut di belakang.. hmm, satu motivasi yg bagus.. thumbs up!
Dapat tawaran utk berkhidmat kembali di OilNGas adalah sesuatu yg menerujakan aku. Aku just kena cool, kene fikir masak2, sal gaji, sal tekanan kerja, sal life n kerja, n sal keadaan company tu. Buat masa skrg aku dah tolak 2job OilNGas. Klu dapat lagi pasni, aku ku fikirkan kembali.

1.3 HARIAN
- Hari bekerja mmg xbanyak yg barubah dalam tentatif idop aku. Tapi skrg aku bangun agak awal, 545am hp aku dan memekak dengan tone nokia zaman purba, mmg mengbingitkan telinga. Kebiasaannya aku buat benda yg sama bila waktu kerja, office + yard + Project site. Balik je rumah, mmg terus tidur. Bergantung kpd situasi, kadang2 ada rasa nak lepak, kadang2 ada meeting, kadang2 ada party, so dengan kata lain waktu malam aku xteratur sgt.
Weekend aku xmenarik sgt, dari pagi sampai petang aku just berada kat umah kemas bilik, ubahsuai bilik dan apa2 je kerja yg berkenaan ngan bilik aku, aku sendiri pun xtahu apa jenis perangai jambu yg wujud dalam perangai aku ni, haha..Waktu malam agak sama ngn weekdays, xteratur sgt la. Skurang2nya aku akan lepak minum kat area umah aku.  <--- harian aku membosankan dan xmenarik sgt!

1.4 PERMASALAHAN
- Huh! topic ni yg menjadi pantang dalam idop aku nak cite kat orang!.. tp aku cuba update kat sini agar korg dpt faham kenapa aku digelar 'sombong'. hahaha..
Paling ketara, sumpah aku xcukup tidor, paling lama aku xpernah tido ialah selama 3hari. Mata mmg rabak tp tenaga melampau2 plak, camne nak paksa diri utk tido klu camtu.
Aku selalu dapat order utk buat project kat site last minit, aku sgt stress bila benda ni jadi, aku kena cover evrything dalam masa yg terlampau singkat. Aku lebih tertekan klu ada mistake masa buat project, banyak benda yg aku dipertanggungjawabkan. Benda mcm ni yg selalu mengganggu kondisi mental dan kepala aku dgn teruk.
Setiap hari aku travel almost 100km, so every 2month aku dah kena service kereta aku. Milledge aku dah hampir 80,000. Aku isau kondisi kereta kerdil aku tu, makin lama makin lain macam dah kete tu.
Aku kekurangan pakaian, baju xcukup, seluar ngam2, yg dalam punya pakaian lebih sehelai. Dokat je the mines utk aku shopping suma tu, tp kena faham tentang 'PENAT & TIADA MASA'    sigh!

1.5 SAMPINGAN
- Aku perlukan laptop baru, table mixer baru dan kasut baru. Duit oh duit..... tggu masanya sahaja.
Aku ni banyak sgt la HP, baru dapat BB baru dr boss. HP yang selebihnya tu bukan xnak jual, tp klu kat kedai ambik rendah sgt, sampai lebih dari 3kali ganda dia nak bayar, aku sanggup xnak jual walaupun aku xguna HP tu. So HP2 yg xguna aku simpan dalam laci, harap xkarat n xrosak la sampai ada buyer yang nak beli nnt. Bgtau aku klu korg nak HP, aku kasi special price.

peace~


SyauQi Fadeli
-theboyyouknew-

Tuesday, July 12, 2011

JAKET OH! JAKET.

Okay guys. Sebelum aku melelapkan mata yang sangat la berat pada ketika ni, izinkan aku buat satu iklan. Jom aku attach satu gambar untuk rujukan hangpa semua!


                                                 ~ Gambar sekadar hiasan~



Ini namanya gambar, mempunyai 4bucu tepat, bersaiz sederhana, lighting yang kurang kemas, dan dilengkapi dengan model yg bergaya!

Persoalan yang timbul di benak aku pada malam yang dingin gini ialah, kehilangan jacket hijau gelap yang menjadi misteri. Aku tak sedar bila ia hilang, langsung tak sedar kenapa ia perlu menghilangkan diri, dan tak sedar kenapa masih mahu menjadikan 'hilang' sebagai satu tabiat!

Itu bukan apa yang aku nak cerita kat hangpa semua malam ni... Apa yang aku nak cerita ialah, kalau ada sesiapa yang ternampak, tersimpan, ter'cerek', tersonglap, atau ter ber pun adoi! dengan baju ni, harap jasa baik anda semua untuk pulangkan pada saya. Boleh contact saya terus kat sini atau UQIcrew@gmail.com.


p/s: itu limited edition bhai. Selain aku, Barrack Obama je yang ada.




SyauQi Fadeli
-theboyyouknew-

Saturday, July 9, 2011

SELUAR YANG BERJASA

Levi's strauss 501, dalam kenangan.



Seluar ni banyak jasa dengan penulis sejak 3 tahun lalu. Tapi hari ini, diiringi dengan air mata, penulis terpaksa membuang seluar itu kerana kondisi yang tidak lagi mengizinkan.

jom usha apa yg best pasal seluar ni.

1 -Penulis mula memakai seluar ini sejak tahun terakhir belajar di Universiti, Walaupun penulis agak kecewa pada awalnya kerana seluar ini tidak menepati spesifikasi lengkap yg penulis inginkan. Tetapi lama-kelamaan seluar ini menjadi seperti darah daging kaki penulis sendiri.

2 -Semasa bekerja di Kuantan dan Kemaman, seluar ini lah peneman segala pahit duka. Menjadi seorang pekerja lulusan Universiti tidak semestinya akan bekerja di office besar dan ditemani PA yang mengiurkan. Seperti penulis, heavy industry menjadi pilihan utk melanyak seluar ni.

3 -Hahaha, belum cerita dah tergelak.. Walaupun levi's ni penulis gunakan utk pergi bekerja, levi's ni jugaklah penulis gunakan utk berdating. Cukup je hujung minggu, basuh seluar tu sampai lebam tangan sebab nak bersihkan kotor2 semasa bekerja.



Apa yang istemewa pasal seluar ini ialah, menjadi peneman ketika susah senang penulis, bangun duduk penulis, tumbang berdiri penulis, sedih gembira penulis. Seluar ni pernah berada di lautan, di daratan, di udara, dan didalam minyak hitam :p ....

Apa pun cerita yang terpaksa penulis rahsiakan tentang seluar ini, ia tetap mengimbau sejuta dua pengalaman berharga buat penulis.

Selamat tinggal teman.

Friday, July 1, 2011

IT'S 30th JUNE...!!!! =)

Evening peeps! =)))

Masih kenal penulis?......

yes!... uQi FadeLi.. ---> apa pun tak boley!..

30thJune!.. it's my birthday yao!.. damn! i'm going to die!.. hahaha ;D

First of all, penulis nak rakamkan ucapan terima kasih kepada semua yg telah mmberi ucapan, penulis mendoakan agar kalian sentiasa diberkatiNYA.

Agak parah utk episod kali ini, gimik yg penulis buat mendatangkan kemarahan segelintir sahabat. Penulis sengaja tutup wallpost di FB dan tidak update sebarang status sepanjang hari. hahaha ;D

Ucapan Jutaan terima kasih dan tahniah kepada LIZA, my babe buddy yg menjadi org pertama 'wish', merangkap org pertama yg 'wish' sebelum tiba waktunya. Lbh kurang jam 4petang 29June. LIZA, anda tidak pernah mengecewakan saya ;p

Juga tidak lupa kepada A'AN, anda menjadi orang kedua yg 'wish' dan merangkap yg kedua 'wish' sebelum tiba waktunya. Lbh kurang jam 7malam 29june. tq bro ;)

NUR WENNY AZMAN, menjadi orang ketiga yg wish, merangkap yg pertama yg wish pada 30june, iaitu tarikh penulis dilahirkan. Tepat jam 12malam (maybe 1201 :p), sgt sharp! ;)

Jom kita lihat sedikit highlight ucapan dan doa sempena menyambut hari kelahiran penulis.


MY STATUS COMMENT @ FACEBOOK


MESSAGE @ FACEBOOK



TAGGING @ FACEBOOK



FAMILY
Adik penulis 2 orang ni dah agak parah, memang meminta kaki apabila pulang ke kampung nanti. Yang sorang lg sejam nak masuk 1Julai baru nak wish. Lagi sorg lupa umur aku brape. Nasib baik la penulis seorang abg yg baik, kalau tak........ heeeeeeee ;)