Tuesday, September 6, 2011

Kenapa Aku Menangis

Assalamualaikum
dan salam sejahtera
aku hulurkan sepenuh penghinaanku
sebagai hamba Allah maha Satu
demi tangisan dan airmata
yang terkadang mengalir
yang terkadang dialir










       Kenapa Aku Menangis?

- Peperangan yang tiada punca
- Perselisihan yang tiada penamat
- Pembohongan yang tiada nama
- Pembunuhan yang tiada kesan
- Pertengkaran yang tiada permulaan
- Penindasan yang tiada amaran
- Persahabatan yang tiada kejujuran


Punca Aku Menangis?


- Peperangan yang tiada punca.
Demi Allah aku tidak sanggup melihat saudara dan makhluk dibumi ini menjadi mangsa peperangan kuasa-kuasa besar. Aku menangis pabila rakyat Afghanistan menjadi mangsa kerakusan Pemerintah Amerika Syarikat. Afghanistan diserang kerana dituduh menyembunyikan 'OSAMA BIN LADEN' yang dikatakan menjadi dalang tragedi WTC. Akhirnya kerakusan mereka melampaui batas dengan menyerang seluruh Afghanistan bertubi-tubi walaupun jumlah Orang Awan yang terkorban semakin meningkat. Hanya punca yang tidak masuk akal, iaitu mencari seorang Pemimpin 'pemberontak' tetapi mengorbankan beribu nyawa yang tidak berdosa, malah mereka masih tidak jelas dengan isu ini. Airmataku menitis :'(

-Perselisihan yang tiada penamat
Perselisihan antara Israel dan Palestin yang telah berpuluh tahun berlaku. Seluruh masyarakat dunia tahu ISRAEL MERAMPAS TANAH PALESTIN. Tetapi kenapa kuasa-kuasa besar yang kononnya adil berdiam diri? Kenapa negara-negara jiran menonton sambil memejam mata? Rumitkah jika Israel dibawa ke muka pengadilan antarabangsa kerana menceroboh tanah Negara Palestin? Airmataku menitis lagi :'(

-Pembohongan yang tiada nama
Masyarakat dunia dibohongi oleh pemerintah berkuasa terang-terangan tetapi masalah terus selesai apabila jurucakap pemerintah memberi komen "anda tidak faham dengan rancangan kerajaan", dan semua pemilik akal fikiran berdiam diri seperti berkata-kata "ya, kami percaya, noktah!".

- Pembunuhan yang tiada kesan
Pergolakan di Bahrain dan Iran semakin menjadi-jadi diantara saudaraku SUNNAH dan SYIAH. Pembunuhan berlaku di khalayak ramai, dilakuakn oleh pihak berkuasa, juga dilakukan oleh rakyat. Kenapa anda saling berbunuhan? Kenapa tidak anda semua wahai Sunnah dan Syiah bergabung tenaga seperti itu melawan penentang Islam? Kenapa tidak berjuang utk saudara Palestin? Aku menangis lagi :'(

- Pertengkaran yang tiada permulaan
Saling bertengkar demi nama dan pangkat, sanggup melafazkan pembohongan demi menegakkan perkara dunia. Sering masuk campur dalam hal yang bukan untuknya semata-mata mahu dunia melihatnya adalah seorang wira sejati sedangkan ia hanyalah permulaan kosong yang tiada pengakhiran. Aku menangis lagi :'(

- Penindasan yang tiada amaran
Anak-anak kecil. Kanak-kanak. Adakah mereka mengerti apa yang terjadi sehingga terbunuh? Adakah mereka diberi peluang untuk mengelak sebelum dibunuh? Adakah mereka berlari ketika diacukan senjata? Adakah mereka menangis ketika ibu-bapa mereka mati disisi? Aku menangis lagi :'(

- Persahabatan yang tiada kejujuran
Hubungan diplomatik dua negara. Hubungan serantau. Cukup jujurkah mereka dalam mewujudkan persahabatan ini jika bukan kerana kepentingan dan keuntungan? Cukup jujurkah mereka menghulurkan salam jika bukan kerana Kamera Pemberita? Cukup jujurkah mereka senyum jika bukan kerana nama? Bagaimana dengan Palestin? Mereka mempunyai karya2 bersejarah, tidakkah berasa ingin menjalinkan kerjasama? Kenapa mereka dipandang sambil menutup mata? aku menangis lagi :'(



SyauQiFadeli
-theboyyouknew- '11
Masih menangiskah aku dengan hari esok?

No comments:

Post a Comment