Wednesday, February 16, 2011

TITIPAN BUAT SI BUNGA ~ NBM

Assalamualaikum 'bunga'.

Dikesempatan lewat malam begini, kumbang berhasrat untuk menulis titipan buat bunga tulus dari hati kumbang yang ingin bercerita.

Pertamanya, ingin kumbang bangkitkan bahawa tiadalah niat kumbang untuk melakukan sebarang salah laku manusia kepada bunga seperti mengutuk, mencaci, menyindir dan sebagainya. Ikhlas dari hati, kumbang hanya ingin bercerita kerana medium ini sahaja yang boleh meletakkan diri kumbang dalam keadaan yang tenang..

Bunga,

tidak pernah terlintas di fikiran kumbang untuk menyalahkan sepenuhnya kepada bunga atas apa yang telah berlaku. Tiada gunanya kumbang melakukan sedemikian sedangkan kumbang tahu tiada hasilnya untuk diri kumbang melakukan sedemikian rupa.

Dalam hidup, kumbang hanya mengharapkan agar bunga sejahtera di dunia dan akhirat, seperti mana yang dikehendaki oleh seseorang kepada mereka yang disayangi. Tidak terlintas di hati kumbang untuk melukakan atau membuatkan bunga bersedih, cuma kadang2 kumbang takut dengan diri sendiri, xsanggup lagi menghadapi seksaan yang kumbang dah hadapi.

Kumbang sangat2 harap agar bunga dapat jadi seorang wanita yang indah pekerti dan langkahnya agar bunga dapat memiliki segala yang dijanjikan nikmat oleh Allah swt kepada hambanya yang beriman.

Kumbang juga berharap, bunga gunakanlah masa dua tahun lebih ini untuk mencari diri bunga sendiri dan dapat menjadi seorang gadis yang seperlakunya gadis. Adalah berat di hati kumbang untuk meletakkan harapan yang begitu lama kepada bunga, tetapi kumbang percaya akan kemampuan bunga. Kumbang tidak mengharapkan apa2 yang besar dari bunga, kumbang hanya mengharapkan agar bunga menjadi lebih baik dan fahami apa yg dah berlaku, itu sudah membuatkan kumbang gembira.

Kumbang tiada berniat jahat untuk berdiam diri dengan bunga, cuma ketakutan yang melampau memaksa kumbang untuk merelakan masa itu pergi.

Tiba masanya nanti, saat bunga dah kembali mendapat jati diri yang tepat, izinkan kumbang tahu tentang berita itu, tidak kisahlah berapa lama pun masa yang bunga perlukan, sekurang2nya kumbang ingin tahu yang bunga sudah bersedia untuk menghadapi hari2 mendatang.

Salam sayang dari kumbang, untukmu bunga ~~~ NBM


p/s: i will fly to labuan tomorrow, pray for me..

1 comment: