Tuesday, August 30, 2011

USAIN BOLT Tersingkir Di Garis Permulaan??








Usain Bolt tersingkir awal dalam merebut Pingat Emas acara 100 meter dalam 'World Athletics Championships 2011' yang telah diadakan di Daegu, Korea Utara baru-baru ini. Kecuaian bekas juara dunia dan pemegang rekod acara yang sama tersebut telah memberi peluang kepada rakan senegaranya dari Jamaica, Yohan Blake untuk melakukan pecutan emas.

Peraturan terbaru untuk acara pecut ialah tidak lagi memberi peluang kedua jika peserta melakukan kesilapan di garis permulaan. Usain Bolt tampak kecewa dengan membuka bajunya sebelum keluar dari trek. Bolt juga kelihatan marah ketika melalui laluan keluar ke bilik persalinan.

Penonton yang hadir mula menjerit nada kecewa kerana tidak dapat menerima kenyataan bintang trek tersebut tersingkir sebelum bermulanya perlumbaan. Ini ialah kejohanan bertaraf dunia pertama bagi Bolt setelah tidak membuat penampilan sekian lama.






SyauQi Fadeli
-theboyyouknew- '11
Rekod dunia masih dipegang Usain Bolt.

Monday, August 29, 2011

BERHARI RAYA DI PERANTAUAN

Assalamualaikum,

Salam dari perantauan ;)

Setelah genap sebulan kita menjalani ibadat puasa, kita akan menyambut hari raya aidil fitri. Semua perantau akan pulang ke kampung, tidak kira pangkat, usia dan lokasi. Kemeriahan pagi syawal amat dinanti-nantikan oleh semua umat Islam di dunia.
Pada tahun ini, Malaysia dijangka akan menyambut hari raya aidil fitri pad 30 Ogos 2011, berbaki satu hari lagi dari tarikh entri ini ditulis.

haha.. Yes! aku masih diperantauan, mengejar masa depan yang gemilang. Tahun ini aku beraya di perantauan kerana tugas dan beberapa faktor penting yang lain. Demi mereka dan mereka, aku sanggup mempergadaikan kemeriahan berhari raya selama beberapa hari demi kejayaan dan kebahagiaan untuk berpuluh tahun akan datang. Aku berbangga dengan sifat yang wujud dalam diri ini.
Umi aku sempoi, dia dah bagi 'green light' utk aku, dia faham tugas aku dan apa yg aku kejarkan. Semua ini dirancang dan dinilai, walaupun agak berat untuk dilakukan.

Akhir kata, sambutlah salam kemaafan dari aku, Syauqi Fadeli(uQi) dari perantauan, khususnya kepada :

- Umi dan Abah tercinta
- Abg Syafiq / Kak Izma, Awie, Iwan, dan Marco Hakiem.
- Mek, keluarga Ayah Long, Ayah Ngah, Ma Lis, Cik Mi, Ayah Cik, Cik Rose, & Suna.
- Keluarga Cek Long, Ayah Ngah, Che Noh, Mak Dek, & Su.
- Warga SKSRP 1 (1995-2000)
- Warga SMKAF  (2001-2005)
- Warga UniKL MIMET (July06-July09)
- Warga PCN Level II Ruane-Tati (Dec09-March10)
- Warga Gayong Gelanggang Rajab (PSSGTKK)
- Ficantech Sdn Bhd
- Bousted Naval
- Trend Matrix
- Kuantan Port Konsortium/ KPPS
- Shapadu Energy & Engineering
- CarigaliHess / ExxonMobil
- GESB
- Petroleum Nasional Malaysia (PETRONAS)
- Wheatherford Oil Middle East
- Kencana Petroleum
- #TranceFamily
- DDutchFamily
- Teman-teman yang setia disisi.

Juga kepada mereka yang mungkin aku lupa nak taip, anda masih kekal dalam doa aku. =)

"EidulFitri bermaksud kembali kepada fitrah, iaitu kembali kepada fitrah asal kejadian manusia dengan menjadi seorang muslim yang diciptakan Allah yang mematuhi setiap peraturan yang telah lengkap disediakan didalam Al-Quran" Haji Fadeli Harun(bapak aku)



SyauQi Fadeli
-theboyyouknew- '11
AlQuran = Panduan hidup

Wednesday, August 24, 2011

GARANGNYA PEMILIK CYBER CAFE NI :(

Notis ini dijumpai di sebuah 'CyberCafe' sekitar Rantau Panjang, Kelantan semasa aku ke sana untuk scan beberapa dokumen kerja yang penting.



Translation: "tidak dibenarkan menghisap rokok dan makan didalam premis ini pada bulan puasa..,Kalau dapati anda hisap rokok juga, aku akan halau. Aku tak peduli, ini kedai aku..."  


Tuntas: Kadang2 berpelakuan garang untuk menegakkan Islam yang suci adalah perlu untuk mengajar manusia supaya beriman kepada ALLAH SWT =)

Bak kata Ustaz Azhar Idrus "kereta yang kemek teruk perlu diketuk dengan KUAT untuk baik-pulih kesan tersebut".. dan sambungnya lagi "kalau ketuk perlahan, tak baik kemeknya tu". <--- i like! :D




SyauQi Fadeli
-theboyyouknew- '11
Islam + Iman = complete

Thursday, August 4, 2011

SELAMAT TINGGAL KUALA LUMPUR





Detik ditenggelami detik,
Masa dicemburui masa,
Langkah ditinggalkan langkah,
Peristiwa.... tetap disitu....




Entri kali ni, tiada yang menarik untuk dikongsi. Seperti dua entri yang sudah, semua ditinggalkan memori dan tulisan untuk tatapan satu hari nanti untuk dijadikan bukti kekal perjalanan yang mengajar erti kehidupan yang tidak pernah difikirkan boleh diteladani dan hati adalah senjata terkuat yang masih berguna.


Sabtu ini aku akan meninggalkan Kota Kuala Lumpur, masih berbaki 2 hari lagi untuk aku berada di sini dan menonton siri kegemilangan Kota Kuala Lumpur yang gah diperkatakan, walaupun kadang-kala timbul sifat was-was untuk aku meletakkan perkataan 'kegemilangan' di dalam sebarang penulisan aku tentang Kota ini. Kini, nekad aku mempergadaikan tanggungan dan masa depan demi memberi peluang kepada diri aku sendiri merasai nikmat yang berbeza, insyaAllah.


Aku bukanlah meraih simpati kerana mempertaruhkan masa depan iaitu perkara yg dikejar semua manusia, aku juga bukanlah terlanjur mencuri selendang-Nya untuk menidakkan perkara yang belum terjadi, tapi aku hanya merancang untuk kecelakaan yang tidak mampu untuk aku elak lagi. 


Selamat beristirehat kepada anda semua, selamat maju jaya dan semoga anda semua berada di dalam lingkungan orang2 yang diberkati Allah swt.


Harapan aku ialah, jadilah manusia yang merancang. Supaya perjalanan yang anda semua bakal tempuhi menjadi tenang, teratur dan selamat. Tutup mata anda, fikirkan sejenak, rasakan sentuhan kata2 hati, luahkan untuk lebih keyakian, dan seterusnya anda bakal mendapat satu keputusan yang baik. Sekurang-kurangnya anda tidak akan terlepas sekecil-kecil peluang, berbanding berhadapan dengan sekecil-kecil kegagalan yang pedih dan menyakitkan.




 ~Anda adalah perancang, anda yang tentukan~




Akhir kalam dan penamat ilustrasi ini, aku amat berharap semoga aku lebih tabah dlm kehidupan yang bakal aku tempuhi selepas ini setelah menyerahkan diri sepenuhnya kepada kepercayaan dan keikhlasan. 


mohon doa dari kalian.. tq all.






SyauQi Fadeli
-theboyyouknew- '11
usaha + doa + tawakkal = MESTI DAPAT

Tuesday, August 2, 2011

APABILA SI KAKI PUKUL vs KANAK-KANAK.

Dalam cerita ni, aku menamakan aku sebagai 'si kaki pukul', kerana sifat kasar dan tidak perikemanusiaan yg ada dalam diri aku. Bukan nak tunjuk jaguh, tapi aku mengakui perangai buruk ni selepas aku memukul seorang penyamun 7eleven sampai besi padu yang aku gunakan bengkok dan berlubang. Aku xsuka perangai binatang ni, dan jangan ada antara kamu mencampakkan aku ke alam kebinatangan itu kembali, sebab AKU TAK SUKA!.


The Mines menjadi destinasi aku nak langsaikan hutang2 yang perlu aku jelaskan setiap bulan, Tapi kali ni aku pergi untuk menjelaskan hutang selama 2 bulan, hehe.. Takde masa + Budget dilarikan??....
Selepas selesaikan semua hutang malam tu, aku berjalan menuju ke 'escalator' untuk ke tingkat paling bawah. Semasa menuruni 'escalator' tu, ada seorang makcik dan anaknya berusia lingkungan 2-3tahun berada di sebelah kiri aku berbeza satu anak tangga dari tempat aku berdiri.
Tiba2 aku rasa macam tangan aku dipegang. Melalui pegangan tu aku dapat rasakan sentuhan kasih sayang yang ikhlas timbul dari hati yang tulus, pegangan yang lembut seperti meraih kasih sayang dan perlindungan yang tiada penghalangnya. Aku terdiam dan tidak memalingkan pandangan aku ke arah pegangan erat tu, aku tiada alasan kukuh kenapa aku bertindak macam tu kerana perasaan itu timbul dari hati tanpa paksaan dan membuatkan aku di awangan... 
Selang beberapa sangat aku terdengar satu suara wanita berkata :

"dik, jangan pegang tangan abang, tak baik.... huh huh, mintak maaf ye"

Tapi setitik zarah pun aku tak rasa nak lepaskan pegangan tu, malah semakin erat aku membalas pegangan kanak2 lelaki tersebut.

"Tak pe kak, biasalah budak2"

Tiba2 si wanita yang juga ibu kanak2 tersebut menarik tangan anaknya yg erat memegang tangan aku sehingga terlepas. Aku memberi senyuman kepada mereka sebagai tanda yang aku tidak cedera ataupun tersentuh hati dengan perlakuan anaknya itu. Wanita tersebut berkata lagi:

"ish adik ni, jangan pegang tangan abang macam tu lagi ye"

Seraya kanak2 tersebut bersuara,

"Asyid tak ade ayah"

Renungan tepat Asyid dilontarkan kat mak dia, renungan yang meminta penjelasan mengapa dia kehilangan kasih sayang itu. Si ibu terdiam, langsung tidak memandang aku, malah terus tunduk seperti menyimpan sesuatu yang pasti akan disimpan selama-lamanya. Pandangan aku terus kepada asyid, aku rasa macam nak pitam, terasa seperti mimpi yg kurang terang dan kurang juga gelapnya. Aku kembali sedar lepas kaki aku tersadung kat penamat 'escalator' yang membuatkan pandangan aku teralih memandang tempat utk aku berpegang supaya tak jatuh mencium lantai dihadapan manusia2 yg cukup bersedia untuk gelak dan mengumpat. 
Aku terus berjalan tanpa melihat kembali kepada Asyid dan ibunya walaupun aku rasa macam nak je ajak budak tu lepak kejap, dapat cappucino segelas pun jadilah. Sedar tak sedar, orang dah mula usha muka aku, aku kekalkan rentak jalan sehinggalah tiba di selekoh yang dikenalpasti sebagai tempat yang tak ramai orang, aku lap muka spenuhnya untuk menghilangkan air mata yang dah jatuh hampir 100meter aku jalan kaki, penuh sampai ke tengkuk.

Cerita ni tak la panjang sangat, dan tak ada la sambungan yang menarik sehingga scene 'dumbledor' menyihir naga berkepala 4 menjadi 'Harry Potter' terhasil. Tapi cerita ni mempunyai banyak maksud yang boleh dimanipulasikan, bermula dari Kasih-sayang, Kesetiaan, Keredhaan, Kekuatan dan Semangat, serta Amanah.


SyauQi Fadeli
-theboyyouknew-
2nd August 2011, 2110

Monday, August 1, 2011

SELAMAT BERSAHUR.

Hmmm..


0554 pagi, dan ternyata mata aku tidak boleh lelap dah.
Hari ni bermulanya puasa di bulan Ramadhan selama sebulan dan impianku ialah untuk berpuasa penuh pada tahun ini, dan aku perlu mengelak dari perkara2 yang boleh melemahkan aku.


Tapi 1st sahur ni aku agak diluar kawalan, fikiran aku asyik bercelaru memikirkan perkara yang tak pasti. Hidup yang memerlukan 1001 pengorbanan bukanlah sesuatu yang mudah untuk semua orang hadapinya.
Telah aku cuba untuk membiarkan segala peristiwa hitam yang wujud ini berlalu tanpa khabar, dan ternyata aku masih dibelenggu kekecewaan yg melampau sehingga menimbulkan kesan kepada kehidupan seharianku sekali lagi.
Aku lelaki, kenapa hati aku tak kuat?.. kerana aku dpt rasakan tiada lagi pengalaman hitam ke atasku selepas ni kerana telah hilang tiga per tiga perasaan untuk memiliki lagi. Disamping kajian yang dilakukan secara rawak, aku kecewa dengan keadaan sekeliling yang tidak lagi menyebelahi aku, ini membuatkan aku bersendiri dan berjalan di atas kaki sendiri sepenuhnya.
Ternyatalah aku buntu untuk meneruskan perjalanan dan buntu untuk memilih haluan seterusnya. Kemurungan kembali lagi, menjadikan diri sendiri sebagai mangsa, hidup aku jadi kucar-kacir dan kata2 kurang enak mula menari2 di hadapan mataku tanpa belas kasihan.


Inilah nasib si perantau, hanya aku bertemankan aku. Cuba mengubah nasib untuk masa hadapan tetapi diri sendiri telah memberi halangan untuk aku meneruskannya.
YaAllah, airmata subuh ramadhan pertama ini aku serahkan sepenuhnya kepada kau, jangan pernah keringkan air mata ini supaya ia bisa menjadi teman aku dikala aku memerlukannya, maka tiadalah lagi perkara lain yang boleh mengganti kesetiaan air mata ini untuk menjadi teman sepanjang hariku.



SyauQi Fadeli
-theboyyouknew-
1st August 2011, 0613