Tuesday, August 2, 2011

APABILA SI KAKI PUKUL vs KANAK-KANAK.

Dalam cerita ni, aku menamakan aku sebagai 'si kaki pukul', kerana sifat kasar dan tidak perikemanusiaan yg ada dalam diri aku. Bukan nak tunjuk jaguh, tapi aku mengakui perangai buruk ni selepas aku memukul seorang penyamun 7eleven sampai besi padu yang aku gunakan bengkok dan berlubang. Aku xsuka perangai binatang ni, dan jangan ada antara kamu mencampakkan aku ke alam kebinatangan itu kembali, sebab AKU TAK SUKA!.


The Mines menjadi destinasi aku nak langsaikan hutang2 yang perlu aku jelaskan setiap bulan, Tapi kali ni aku pergi untuk menjelaskan hutang selama 2 bulan, hehe.. Takde masa + Budget dilarikan??....
Selepas selesaikan semua hutang malam tu, aku berjalan menuju ke 'escalator' untuk ke tingkat paling bawah. Semasa menuruni 'escalator' tu, ada seorang makcik dan anaknya berusia lingkungan 2-3tahun berada di sebelah kiri aku berbeza satu anak tangga dari tempat aku berdiri.
Tiba2 aku rasa macam tangan aku dipegang. Melalui pegangan tu aku dapat rasakan sentuhan kasih sayang yang ikhlas timbul dari hati yang tulus, pegangan yang lembut seperti meraih kasih sayang dan perlindungan yang tiada penghalangnya. Aku terdiam dan tidak memalingkan pandangan aku ke arah pegangan erat tu, aku tiada alasan kukuh kenapa aku bertindak macam tu kerana perasaan itu timbul dari hati tanpa paksaan dan membuatkan aku di awangan... 
Selang beberapa sangat aku terdengar satu suara wanita berkata :

"dik, jangan pegang tangan abang, tak baik.... huh huh, mintak maaf ye"

Tapi setitik zarah pun aku tak rasa nak lepaskan pegangan tu, malah semakin erat aku membalas pegangan kanak2 lelaki tersebut.

"Tak pe kak, biasalah budak2"

Tiba2 si wanita yang juga ibu kanak2 tersebut menarik tangan anaknya yg erat memegang tangan aku sehingga terlepas. Aku memberi senyuman kepada mereka sebagai tanda yang aku tidak cedera ataupun tersentuh hati dengan perlakuan anaknya itu. Wanita tersebut berkata lagi:

"ish adik ni, jangan pegang tangan abang macam tu lagi ye"

Seraya kanak2 tersebut bersuara,

"Asyid tak ade ayah"

Renungan tepat Asyid dilontarkan kat mak dia, renungan yang meminta penjelasan mengapa dia kehilangan kasih sayang itu. Si ibu terdiam, langsung tidak memandang aku, malah terus tunduk seperti menyimpan sesuatu yang pasti akan disimpan selama-lamanya. Pandangan aku terus kepada asyid, aku rasa macam nak pitam, terasa seperti mimpi yg kurang terang dan kurang juga gelapnya. Aku kembali sedar lepas kaki aku tersadung kat penamat 'escalator' yang membuatkan pandangan aku teralih memandang tempat utk aku berpegang supaya tak jatuh mencium lantai dihadapan manusia2 yg cukup bersedia untuk gelak dan mengumpat. 
Aku terus berjalan tanpa melihat kembali kepada Asyid dan ibunya walaupun aku rasa macam nak je ajak budak tu lepak kejap, dapat cappucino segelas pun jadilah. Sedar tak sedar, orang dah mula usha muka aku, aku kekalkan rentak jalan sehinggalah tiba di selekoh yang dikenalpasti sebagai tempat yang tak ramai orang, aku lap muka spenuhnya untuk menghilangkan air mata yang dah jatuh hampir 100meter aku jalan kaki, penuh sampai ke tengkuk.

Cerita ni tak la panjang sangat, dan tak ada la sambungan yang menarik sehingga scene 'dumbledor' menyihir naga berkepala 4 menjadi 'Harry Potter' terhasil. Tapi cerita ni mempunyai banyak maksud yang boleh dimanipulasikan, bermula dari Kasih-sayang, Kesetiaan, Keredhaan, Kekuatan dan Semangat, serta Amanah.


SyauQi Fadeli
-theboyyouknew-
2nd August 2011, 2110

2 comments: