Monday, January 31, 2011

SUARA RAKYAT MESIR DAN TUNISIA - KRISIS TERBURUK SEPANJANG ABAD

Kebelakangan ini, kita telah digemparkan dengan beberapa insiden rampasan kuasa oleh rakyat terhadap kerajaan. Insiden ini berlaku di 3 buah negara dimana rakyat mengadakan protes jalanan yang dasyat. Dianggarkan beratus2 meninggal dunia dan beribu2 telah mengalami kecederaan dalam insiden ini.




MESIR ~ Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah Mesir selama 30 tahun telah dituntut untuk berundur oleh rakyatnya sendiri. Hosni Mubarak dikatakan gagal dalam proses memimpin negara apabila bertambahnya pengangguran dan rasuah yang berleluasa. Ketegangan lebih bertambah apabila ura2 mengatakan bahawa jawatan presiden selepas ini akan diturunkan kepada anak Hosni Mubarak dan rakyat menganggap ini sebagai perancangan kuasa, ini menambahkan lagi kemarahan rakyat yang sudah lama terpendam. Sistem talian dan internet telah diputuskan oleh pijak kerajaan Mesir supaya berita tentang protes tidak disalurkan kepada media2 luar. Al-Jazeera masih membuat liputan walaupun pejabat mereka telah diarahkan tutup.

TUNISIA ~ Situasi sama berlaku apabila rakyat menuntut untuk menggulingkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali di Tunisia selepas 23 tahun memerintah. Hal ini berlaku kerana kepimpinan 'kuku besi' yang ditunjukkan oleh Presiden Zine El Abidine Ben Ali dan penyusutan taraf hidup yang tinggi dimana berlaku kenaikan harga yang tidak terkawal terutama pada susu dan roti. Sikap boros Isteri Zeni juga membuktikan pemerintahan kuku besi dengan mencuri kekayaan negara dianggarkan £35juta berbentuk jongkong emas yang telah dibawa lari ke luar negara sebelum diusir oleh rakyat Tunisia.

Rakyat telah bersuara, berani menegakkan kebenaran demi anak bangsa yang disayangi. Mesir juga dikatakan sekutu kuat US dan Israel Laknatullah, ia menjadi bukti tahap kebencian rakyat terhadap pemerintahan yang penuh dengan rasuah dan pemerintahan yang memalukan. Presiden digulingkan kerana hilangnya kepercayaan rakyat terhadapnya, dan membuktikan pemerintahan yang tidak adil, suara rakyat juga dibekukan, media2 dikawal dan rasuah berleluasa seperti yang 'dapat kita lihat sekarang ini'. Sungguh memalukan apabila seorang Presiden atau ketua negara yang berpelajaran dan kelulusan tinggi serta pernah diberi kepercayaan oleh berjuta2 rakyat akhirnya dituduh menbelakangi negara, apa lagi jika benar beliau melakukannya.

No comments:

Post a Comment