Thursday, January 6, 2011

GADIS DIROGOL ~ PANGGILAN TERUS KEPADA PENULIS.

Ada perkara yg penulis xduga berlaku malam ni, ia baru berlaku setengah jam yg lepas.. Tiba2 penulis dapat panggilan dari seorang gadis yg penulis kenali. Penulis bingung, dah pukul 1 pagi, apa dia nak. Apabila penulis menjawab panggilan tersebut, penulis terdengar suara gadis tersebut meronta2 dan menjerit meminta pertolongan. Di belakang suara tersebut, terdengar suara seorang lelaki. "awak tolong la jgn mcm ni, sy xsuka.. tolong!".. itulah suara terakhir yg penulis dengar sebelum panggilan ditamatkan. Penulis pasti yang gadis tersebut dalam bahaya dek seorang lelaku keparat gila sex. Penulis segera membuat panggilan kecemasan 999 dan memaklumkan kepada pihak berkuasa tentang kejadian tersebut.
Beberapa minit kemudian, penulis sekali lagi menerima panggilan dari gadis tersebut. Terdengar suara tangisan dan penyesalan yang x berbelah bagi. Tidak syak lagi, si lelaki keparat bernafsu syaitan tersebut telah dapat apa yg dirancang. Penulis kecewa kerana tidak dapat menyelamatkan satu maruah yang sepatutnya dimiliki oleh seorang lelaki yg bergelar suami. Penulis kenal dengan gadis tersebut, dia seorang yg terlalu 'friendly' wlpun dgn org yg baru dikenali. Dia pernah menghadiahkan sejumlah duit kepada penulis ketika penulis dilanda krisis kewangan beberapa bulan yg lepas wlpun baru saling mengenali 3 hari. Tetapi, keturunan penulis bukanlah yg suka menerima wang dari org lain, penulis menolak dengan baik.
Dari peristiwa ini, penulis dapat membuat kesimpulan. Kepada gadis2 diluar, berhati2 dgn manusia di luar, jangan suka keluar lewat malam, dan jangan berpakaian yg seksi. Penulis yakin, 3 perkara tersebutlah yg menjadi sebab utama seorang gadis diperkosa si pemilik Proton perdana berhati buas malam ni..

adakah anda seterusnya??
renung2kan.... dan selamat beramal...

4 comments: