Monday, January 31, 2011

ADA APA DENGAN GELANG BIRU? (peraduan meneka jawapan di dalam)

Gelang adalah perhiasan yang dipakai melingkar di pergelangan tangan. Gelang pada dasarnya dibuat dengan bahan2 berantai, juga boleh disertai dengan manik-manik. Gelang juga boleh dibuat secara bervariasi dari batu, berlian, mutiara, kristal, kerang, kayu, dengan bentuk dan ukuran yang berbeza.

Gelang digunakan sebagai pemanis untuk pergelangan tangan, selain itu juga gelang mempunyai khasiat2 tersendiri kepada si pemakainya. Gelang berasal dari perkataan latin iaitu 'bracile' yang bermaksud 'terletak di lengan'. Bagi masyarakat America Latin, Gelang mengelakkan bayi2 diganggu oleh unsur2 syaitan, untuk itu bayi2 dipakaikan gelang pada lengannya.
Berbeza pula di Mesir, Gelang dipakai untuk membezakan darjat atau status seseorang dan identiti sosial si pemakai. Semakin tinggi nilai gelang yang dipakai, semakin tinggi kekayaan dan darjat si pemakai.
Kini, gelang muncul dengan pelbagai jenis dan style yang digunakan oleh masyarakat untuk pelbagai jenis alasan.




Apa ada dengan gelang biru?


Hari ini penulis ingin berkongsi sedikit tentang seutas gelang yang masih dalam simpanan penulis sehinggalah dituntut kembali pemilik asalnya kelak. Gelang yang bercorak ala2 'bali' yang mempunyai bongkah2 kecil bewarna biru yang berlainan saiz dan bentuknya menambahkan lagi seri si pemakai. Gelang tersebut mempunyai ciri2 seperti berketamadunan dan profile hidup yang tinggi. Sesuai dikenakan ketika bersiar2 di bandar raya Kuala Lumpur mahupun kawasan Rawang sehingga ke Shah Alam.. hehe
Gelang biru tersebut disimpan penulis sejak 2 hari yang lalu membuatkan penulis merasa amat bertanggungjawab untuk menjaga gelang tersebut dengan baik. Ciri2 kecantikan pada gelang tersebut menambahkan lagi semangat penulis untuk menjaga kerana memberi sedikit inspirasi positif terhadap kehidupan dan alam fesyen.
Gelang biru yang digengam erat akan membuatkan aura di masa lampau kembali ligat menari di bayangan seperti Korie Lee dan Linda Jasmine cergas menari berlatar belakangkan lagu 'sway' dendangan micheal buble dan fauziah latif.

Gelang istemewa tersebut adalah kepunyaan seorang gadis yang lembut pekerti dan murni tutur kata. Mempunyai kehidupan istimewa disamping masa depan yang cerah diterangi sinaran bulan purnama dan lampu minyak tanah (bak kata KINGKONG kepala hotakkau!, hehe). Tibe2 lak rasa nak wat dialog seniman bujang lapok.. haha
Beliau yang ditujukan juga adalah seorang yang mempunyai indah perilaku walaupun kadang2 agak tersasar seperti Keretapi dari seremban ke tanah merah yang melalui laluan berminyak. Adalah menjadi lumrah manusia untuk tidak sempurna, dan sebaik2 manusia adalah manusia yang cuba untuk berubah iaitu dengan mengiakan perkara yang diiakan dan menidak perkara yang ditidakkan. (apsal tersasar jauh dari cerita gelang ni? haha)
akhir kata, dengarkan lagu ini...

gelang..... si paku gelang...
gelang..... si rama-rama.....
pulang..... marilah pul......


??????????...........

hahahahaha =D

{eseeentiaiaaesaadiaiheshaatiai}

p/s: sape leh jawab code diatas, penulis berhasrat untuk belanja makan.

SUARA RAKYAT MESIR DAN TUNISIA - KRISIS TERBURUK SEPANJANG ABAD

Kebelakangan ini, kita telah digemparkan dengan beberapa insiden rampasan kuasa oleh rakyat terhadap kerajaan. Insiden ini berlaku di 3 buah negara dimana rakyat mengadakan protes jalanan yang dasyat. Dianggarkan beratus2 meninggal dunia dan beribu2 telah mengalami kecederaan dalam insiden ini.




MESIR ~ Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah Mesir selama 30 tahun telah dituntut untuk berundur oleh rakyatnya sendiri. Hosni Mubarak dikatakan gagal dalam proses memimpin negara apabila bertambahnya pengangguran dan rasuah yang berleluasa. Ketegangan lebih bertambah apabila ura2 mengatakan bahawa jawatan presiden selepas ini akan diturunkan kepada anak Hosni Mubarak dan rakyat menganggap ini sebagai perancangan kuasa, ini menambahkan lagi kemarahan rakyat yang sudah lama terpendam. Sistem talian dan internet telah diputuskan oleh pijak kerajaan Mesir supaya berita tentang protes tidak disalurkan kepada media2 luar. Al-Jazeera masih membuat liputan walaupun pejabat mereka telah diarahkan tutup.

TUNISIA ~ Situasi sama berlaku apabila rakyat menuntut untuk menggulingkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali di Tunisia selepas 23 tahun memerintah. Hal ini berlaku kerana kepimpinan 'kuku besi' yang ditunjukkan oleh Presiden Zine El Abidine Ben Ali dan penyusutan taraf hidup yang tinggi dimana berlaku kenaikan harga yang tidak terkawal terutama pada susu dan roti. Sikap boros Isteri Zeni juga membuktikan pemerintahan kuku besi dengan mencuri kekayaan negara dianggarkan £35juta berbentuk jongkong emas yang telah dibawa lari ke luar negara sebelum diusir oleh rakyat Tunisia.

Rakyat telah bersuara, berani menegakkan kebenaran demi anak bangsa yang disayangi. Mesir juga dikatakan sekutu kuat US dan Israel Laknatullah, ia menjadi bukti tahap kebencian rakyat terhadap pemerintahan yang penuh dengan rasuah dan pemerintahan yang memalukan. Presiden digulingkan kerana hilangnya kepercayaan rakyat terhadapnya, dan membuktikan pemerintahan yang tidak adil, suara rakyat juga dibekukan, media2 dikawal dan rasuah berleluasa seperti yang 'dapat kita lihat sekarang ini'. Sungguh memalukan apabila seorang Presiden atau ketua negara yang berpelajaran dan kelulusan tinggi serta pernah diberi kepercayaan oleh berjuta2 rakyat akhirnya dituduh menbelakangi negara, apa lagi jika benar beliau melakukannya.

Sunday, January 23, 2011

KETAKUTAN SEORANG RAKYAT.

Pertama dan selamanya, penulis ingin menegaskan yang penulis bukanlah seorang penyokong politik tegar mane2 parti.. tetapi jika dipaksa berbuat demikian, penulis akan berada di kalangan parti yang mmperjuangkan islam. Walau seteruk mana pun parti berkenaan, skurang2nya mereka mmperjuangkan agama yg penulis cintai dan di ketuai oleh seorg ulama yang penulis anggap sebagai insan paling layak untuk dipuji, Dato Seri Bentara TGNA.

Tergerak hati penulis untuk membuat sedikit penulis berbau luahan yang sudah lama penulis pendam. Penulis amat berminat untuk melihat sistem pentadbiran negara yang mengawal berjuta2 rakyat Malaysia. Penulis amat kesal dengan kerajaan yang sedia ada, jika dibandingkan dengan kerajaan Tun Mahathir suatu ketika dahulu.

Kenapa jadi begini? Kenapa menteri2 xhabis2 turun naik mahkamah? tidakkah timbul sedikit perasaan malu?.. Seperti contoh, seorang menteri yang melakukan hubungan seks bersama kekasih gelap dan video perbuatan itu telah disebar keseluruh malaysia. Walaupun menteri tersebut telah meletakkan jawatan, tetapi mengapa masih mengangkat beliau sebagai ketua sebuah parti? bagaimanakah pemikiran anda terhadap seorang lelaki yang curang terhadap isterinya sendiri?

Bagaimana pula Seorang Perdana Menteri boleh dikaitkan dengan kes pembunuhan?.. saya tidak mengatakan beliau terlibat, tetapi sebagai seorang pemimpin tertinggi, anda perlu mengelak dari dikaitkan dengan kes2 besar begini... Andai kata anda tidak melakukan perbuatan tersebut, maknanya anda difitnah? maknanya seseorang sedang menyimpan dendam terhadap anda? mesti anda telah melakukan 'KESALAHAN' sehinggakan seorang manusia boleh berdendam dengan anda. penulis ulangi, 'KESALAHAN'.
Difitnah pembangkang?? penulis rasa tidak, altantuya tiada kaitan dengan mana2 parti pembangkang di negara ini, begitu juga suspect2 lain... tuntasnya, ada yang xkena dengan anda, disebabkan itulah ada yang berdendam dengan anda meskipun anda hanya 'difitnah'.



Kes paling membuatkan penulis meluat ialah, '1st lady of malaysia'!!! suck my cocktail u mother elf!.. Siapakah Rosmah Mansur? terus terang, penulis sangat meluat dengan anda. Anda tidak ubah seperti seorang Perdana Menteri yang GILA kuasa. anda telah lihat video ROSMAH PUAKA di youtube? yang dibuat sendiri oleh adinda Rosmah sebelum meninggalkan Malaysia kerana ketakutan yang melampau kepada Rosmah?.. Kenapa anda hanya berdiam diri? kenapa tidak menegakkan hujah2 yang boleh mmbersihkan nama anda?.. dan kenapa rakyat hanya memejamkan mata seolah2 tiada apa yang berlaku dengan Rosmah?.. Plisss stop it my momma buchuk.. Anda telah melampau.. Hentikan..

Ye... mungkin ramai yang beranggapan penulis hanya pandai cakap belakang, penakut untuk berada dihadapan untuk meluahkan pendapat..... Andai kata penulis betul2 mengadap mereka, lakukah suara penulis? sedangkan berjuta2 akhbar yang dijual di seluruh negara sekalipun dikawal mereka, apa lagi suara kecil seorang rakyat biasa seperti penulis.

Monday, January 17, 2011

KENAPA MESTI MENIPU SI PENIPU?

Tajuk ini penulis dapat setelah beberapa situasi penipuan berlaku keatas diri penulis. Walaupun ditipu, dihina dan dipandang rendah, sebagai manusia yang pernah menipu, penulis enggan ambik kisah wlpun hakikat sebenar perasaan adalah sebaliknya.

Penulis merasa amat dukacita kerana kaki2 penipu di zaman sekarang adalah sgt teruk dan memburukkan nama2 penipu yg otai. Bila ingin menipu, akal dan perwatakan mestilah bergerak seiringan supaya setiap penipuan yang dilakukan adlah menarik dan boleh diterima akal. Lakonan yang mantap dgn mimik muka yang menarik menguatkan lagi penipuan.
Apa yang penulis perhatikan, penipu2 di zaman sekarang meletakkan kepala akal dan kebodohan serta sifat malas utk berfikir selari dgn penipuan. Hal ini berlaku kerana penipu2 di zaman kini lebih menganggap dialah yang paling pintar dan suma orang disekeliling adalah bodoh dan bangang. Hal ini biasanya berlaku kepada orang2 bodoh dan pemalas yang tidak mengetahui dan tidak boleh menerima kbodohan sendiri.



Kepada mereka2 yang telah menipu atau cuba utk menipu penulis, anda digalakkan utk berfikir 2 kali kerana adalah menjadi sifat penulis utk tidak melayan anda. Sekali anda tidak menunjukkan kematangan anda kepada penulis, 10 kali penulis merasa gagal berhadapan dgn orang seperti anda.
Bukanlah niat penulis ingin mengajar atau mempersendakan kaki2 penipu di zaman sekarang, tetapi fikirlah sewarasnya. Sebagai seorang kaki tipu yang sudah pencen kerana menyesal dengan perbuatan lampau, penulis berharap agar anda semua fikirkan masa depan dan jangan ikut kata hati.

Penulis merapatkan kedua belah tangan memohon ampun andai terkasar bahasa sepanjang menulis blog ini. Fikirlah, adalah lebih baik penulis hanya meluahkan disini daripda mempersendakan anda dihadapan. Ini kerana penulis tidak rela lagi menerima alasan2 disamping sekali lagi menipu yang membuktikan kebodohan dan kelembapan akal anda..

Peace ~~ free palestine

Friday, January 14, 2011

KEHIDUPAN DAN 'MONOPOLY'

Hehe.. hari ni, penulis ingin berkongsi tentang minat penulis. Penulis mula meminati permainan Java yang digelar 'MONOPOLY' ini setahun yang lepas. Sebelum ni pun pnah main, tp yang real la, pakai duit kertas and buah dadu, tu pun masa kecik2 ngn sedara mara penulis. Skung ni zaman dah canggih, Guna je item yang penulis beli dgn harga beriban ni.




Kepada yang tidak pernah dengar tentang permainan ini, 'MONOPOLY' ialah sejenis permainan dimana memerlukan sekurang2nya 2 orang pemain dan maksimum 4 orang pemain. Permainan ini mengajar setiap pemain cara utk bisness dan mendapatkan duit yang banyak, ia dikawal oleh 2 perkara iaitu akal dan tuah. Search google utk mendapat butiran lengkap dan gambar.
Kembali kepada cerita penulis tadi. Hari ni penulis dengan bangganya ingin berkongsi kemenangan dengan pembaca sekalian kerana setelah lebih satu jam bertarung, akhirnya penulis berjaya mengekalkan kejuaraan dengan US$32,731,000.00 cash dan US$97,600,000.00 in property value. Ini adalah rekod kemenangan terbesar sepanjang karier penulis dalam bidang per'game'man ini... haha

AKU DAN BAYANG-BAYANG.



Bayang2 : tengok2 ape hal? ko jgn main2, lauk je ko tu.

uQi : (dlm hati) apehal lak mamat ni? aku tertengok je kot..

Bayang2 : ko tgk lg apsal? ringan plak tangan aku an..

uQi : da ko ni knape plak?

Bayang2 : mmg aku bubuh gak budak ni, nasib baik aku takot.

uQi : hmmm.. blah la weh, byk benda lg aku nak kejarkan..

Bayang2 : apa yg ko kejarkan?

uQi : duit, masa depan, kehidupan.. semualah yg setiap manusia perlukan.

Bayang2 : ko da usaha?

uQi : dah habis kolestrol aku cuba.. tetap gagal.. ko tahu knape?

Bayang2 : kenapa tak tanya diri ko?

uQi : aku pantang dow klu aku tye, ko plak tye aku!!

Bayang2 : cuba tengok diri ko, then ko tahulah kenapa ko xdpt apa ko nak..

uQi : apa lg xcukup? suma aku dah buat.. tggal rasuah je blom..

Bayang2 : so, rasuah je lah.. dlm dunia skung, tggal tu je cara nak menang. xde da
cara lain..

uQi : xnak lah aku.. mgkin skung aku brani.. tp bila satu hari aku dah tua nak
mati, then aku nyesal, xguna da.. tak nak la aku ambik risiko.

Bayang2 : klu ko xnak rasuah, ko sorg je tak rasuah.. kat luar sana tu, suma orang
rasuah.. rasuah xsemestinya berbentuk habuan.

uQi : dlm hodoh2 ko pun, ada gak betulnya kata ko tu.. tp aku tetap tak nak..
kawan2 aku da guna, cable dah habis cuba, suma tipu je..

Bayang2 : xyah la kawan, aku tahu seumur hidup ko, kawan la yg paling byk menyusahkan ko, btol?

uQi : hmmmm...

Bayang2 : suma umat islam tu kan bersaudara, klu kita gunakan istilah bersaudara ni, xde la manusia jadi tak berperikemanusiaan mcm ni..

uQi : kalau lah aku sorg ni boleh ubah seluruh dunia dgn berbillion manusia kan?

Bayang2 : ko ubah je la diri ko, jadi manusia baik..

uQi : aku dah brubah la.. tp mcm mana aku nak jd baik, tgk la sekeliling aku..

Bayang2 : Jati diri tu yg penting.

uQi : so, nak jadi sellfish??

Bayang2 : ada plan lain?

uQi : ada.. sabar je lah.. ada rezeki, adalah..

Bayang2 : sampai bila?

uQi : ntah.. esok kot.. lusa kot.. tahun depan kot..

Bayang2 : pebenda la ko ni.. takde keyakinan langsung..

uQi : ???? ko ada plan plak ke?

Bayang2 :.............................. hmmm, sabar je lah.

uQi : bodoh.

Bayang2 : kasar do bahasa ko.. ubah la, xde sape suka.. sbb tu org xsuka ko.

uQi : klu aku ckp baik2, ada plak org hargai aku?? dey macha! dunia skung bukan camtu la.. makin ko tunduk makin kene pijak..

Bayang2 : sebangsat-bangsat bahasa ko pun, ada gak benarnya..

uQi : eh2 lu ni der, bangsat tu agak2 sket..

Bayang2 : Buat ape harta byk, hidup senang, akhirat bukan dinilai pun.

uQi : utk dpatkan akhirat, aku perlu suma tu. satu hari nnt nak bg mak bapak aku, xde la aku jadi anak derhaka. Nak senangkan idop anak bini aku nnt, xde la bini aku cari jantan lain bila aku xde, kang buat dosa plak dia, alasan sbb aku xleh bahagiakan dia, padahal syurga isteri terletak di telapak kaki suami..

Bayang2 : ko sebut anak bini, ko xplain bini je, utk anak plak ape?

uQi : aku leh anta dia p skolah utk pendidikan.. anta klas agama utk ilmu..

Bayang2 : lagi2..

uQi : aku gak leh bayar ustaz, ujung mggu leh dia dtg umah aku ajar agama.. aku pun leh ajak family aku suma dtg, adik bradik, mak bapak.. lepas gak rndu aku kt diorg..

Bayang2 : jauh dow ko fikir.. ko jangan ajar bnda2 camni kat org, leh terpesong klu salah anggap.. ko fikir jauh sgt la..

uQi : ek eleh dia ni.. aku bukan jabatan khidmat masyarakat pun, xdenye aku nak ajar bnda2 ni.. ini plan hidup aku je.. klu jadi, alhamdulillah.. klu tak, ada smthing yg xkene la tu..

Bayang2 :....................................

uQi :..............................

Bayang2 :..................................

uQi : diam lak ko.. blah lah, buang masa ckp ngn ko, xde hasil!..

Bayang2 : (sambil blah) cam haram!

uQi : (smbil tgk tmpat lain) aku jumpa, mmg nahas la si bangang ni..

Bayang2 :.................................... (dalam hati) double bangang..

Thursday, January 13, 2011

Saturday Ride to Gambang with VOC.

Gambang, 8 Jan. Pihak VOC Central Region dengan kerjasama Eastcoast region telah mengadakan program 'SATURDAY RIDE AT GAMBANG WATERPARK' yang disertai 35 buah kereta dan lebih 60 peserta. Program ini dianjurkan bagi mengeratkan silaturahim antara ahli kelab dan mengekalkan status sebagai kelab paling aktif mengadakan 'Hang Out Together (HOT)'. Penulis berkesempatan merasai nikmat meluncur dan terjun di Taman Tema terkemuka di Pantai Timur semenanjung Malaysia ini. Mewakili diri sendiri, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Kas dan Arill yg menjadi orang penting dlm event kali ini. Tidak lupa juga kepada Geng2 yg terlibat disamping orang kuat Gambang Waterpark Amanda & Nazri, walaupun kami tahu anda mengular, tp kami maafkan sebab kami pun tiada masa untuk melayan anda, kami hanya perlukan terjunan =).



Thursday, January 6, 2011

KING OF THE NIGHT.!

Alhamdulillah.. Dengan izin Allah swt, Viva Owner's Club (VOC) telah berjaya menganjurkan program tahunan iaitu 3rd Anniversary yang diadakan di Port Dickson pada akhir November yang lalu. Program ini dapat mengumpulkan 65 Buah kereta dan beratus2 ahli dari seluruh negara. Pada malam gilang-gemilang tersebut, telah diadakan majlis santapan malam untuk semua ahli yg menyertai.
Pada majlis tersebut, pelbagai hadiah telah disediakan bagi pemenang acara sukaneka dan cabutan bertuah. Anugerah yang dinanti-nantikan ialah penganugerahan 'KING & QUEEN OF THE NIGHT. Bertemakan pakaian Casual, pemenang dipilih oleh Pengurus Hotel Permaisuri dimana kami menginap. Sekali lagi syukur dan tunduk pada Allah swt kerana dengan kuasa dan janji2 nya, penulis telah dipilih sebagai 'KING OF THE NIGHT'. Malam gilang-gemilang tersebut tiba2 tertukar menjadi satu mimpi ngeri setelah pengacara buat hal meminta penulis memberikan ucapan. Penulis memohon seinfiniti maaf kepada semua yg hadir pada malam tersebut, adalah benar penulis sebenarnya gugup dan masih gugup kerana kejutan itu. Penulis hanya sempat mmberi lawak sempoi+bodoh, hahahaha.. Its really hard time for me, its like a dream come true. Terima Kasih kepada pihak penganjur, terutamanya Barisan exect Comitte yang bertungkus lumus mejayakan majlis tersebut. Tidak dilupakan juga kepada geng2 southern, u guys rock!


GADIS DIROGOL ~ PANGGILAN TERUS KEPADA PENULIS.

Ada perkara yg penulis xduga berlaku malam ni, ia baru berlaku setengah jam yg lepas.. Tiba2 penulis dapat panggilan dari seorang gadis yg penulis kenali. Penulis bingung, dah pukul 1 pagi, apa dia nak. Apabila penulis menjawab panggilan tersebut, penulis terdengar suara gadis tersebut meronta2 dan menjerit meminta pertolongan. Di belakang suara tersebut, terdengar suara seorang lelaki. "awak tolong la jgn mcm ni, sy xsuka.. tolong!".. itulah suara terakhir yg penulis dengar sebelum panggilan ditamatkan. Penulis pasti yang gadis tersebut dalam bahaya dek seorang lelaku keparat gila sex. Penulis segera membuat panggilan kecemasan 999 dan memaklumkan kepada pihak berkuasa tentang kejadian tersebut.
Beberapa minit kemudian, penulis sekali lagi menerima panggilan dari gadis tersebut. Terdengar suara tangisan dan penyesalan yang x berbelah bagi. Tidak syak lagi, si lelaki keparat bernafsu syaitan tersebut telah dapat apa yg dirancang. Penulis kecewa kerana tidak dapat menyelamatkan satu maruah yang sepatutnya dimiliki oleh seorang lelaki yg bergelar suami. Penulis kenal dengan gadis tersebut, dia seorang yg terlalu 'friendly' wlpun dgn org yg baru dikenali. Dia pernah menghadiahkan sejumlah duit kepada penulis ketika penulis dilanda krisis kewangan beberapa bulan yg lepas wlpun baru saling mengenali 3 hari. Tetapi, keturunan penulis bukanlah yg suka menerima wang dari org lain, penulis menolak dengan baik.
Dari peristiwa ini, penulis dapat membuat kesimpulan. Kepada gadis2 diluar, berhati2 dgn manusia di luar, jangan suka keluar lewat malam, dan jangan berpakaian yg seksi. Penulis yakin, 3 perkara tersebutlah yg menjadi sebab utama seorang gadis diperkosa si pemilik Proton perdana berhati buas malam ni..

adakah anda seterusnya??
renung2kan.... dan selamat beramal...

Tuesday, January 4, 2011

DILEMA KERJA?

Beratus2 syarikat, Berpuluh2 Agent, Berbelas2 cable, suma masih buntu untuk mendapatkan kerja Baru. Lulusan University, Inspection certs dan 2tahun pengalaman kerja masih mambantutkan aku utk mendapatkan kerja yg sesuai. Sewaktu di university dulu, Lecturers ckp klu dah ada stahun penglaman pun dah cukup utk demanding kerja, Tp ini dah 2 tahun!! wuts goin on yao!!!!


Penulis pernah kerja sebagai Inspector bg beberapa syarikat yg famous di Malaysia, di Perak, Di kuantan, Di Kemaman, Di KL. Dan pelbagai pengalaman kerja sebagai technician bersama Syarikat perkapalan dan supply. Pernah jugak makan gaji berniaga burger sbb nak ubah idop. Jadi waiter part-time sbb nak ubah idop jugak. Tapi kadang2 penulis xfaham, apakah yg dunia pandang sebenarnya? sehingga sekarang penulis masih belum mndapat jawapan. Perlukah penulis menjadi kaki rasuah utk mendapatkan kerja yg halal?? perlukah penulis menutup pintu rezeki org lain cari makan kpd diri sndiri??

Dah hampir 2 tahun penulis sabar utk memulakan hidup baru, dan akan terus sabar sehingga tibanya hari tersebut. Penulis bersyukur dengan rezeki yg dapat sekarang wlpun tidak memenuhi tahap sbgai University Graduated. Persoalan yg penulis ingin timbulkan ialah, smpai bila??
usaha?? dah.... twakal? dah.. kelayakan?? layak... pengalaman?? ada.. personality?? ada.. keazaman?? tggi.. SO, APA LAGI?
Penulis bercita2 tggi utk melanjutkan pelajaran secara separuh masa, dengan itu penulis memerlukan gaji yg lebih utk mmbuat pembayaran dan tempat kerja di negeri yg betul memandangkan xsemua university dan negeri yg menawarkan pangajian luar campus.

MY SELF AND MYSELF

Haha.. sory guys, penulis lupa utk memperkenalkan diri, men redah je.. =p
Actually sensitivity perihal peribadi penulis terlampaulah sulit, ini disebabkan kenangan lampau yg hitam lagi berkilat memaksa penulis merasa tidak selamat dan dikehendaki. Ini juga tidak bermakna penulis adalah seorang penjenayah tegar seperti 'betong kali' mahupun 'mat komando', penulis hanya tersilap langkah ketika cuba mengenal erti dunia.
Penulis dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan (himpunan org2 cantek malaysia, nenek aku ckp), pada 30JUN1988 dengan berat 3.6kg =p.. Penulis pernah bersekolah di SK Beserah selamat stahun dan berpindah ke SK Sri Rantau Panjang 1 sehingga tamat darjah 6. Penulis melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah iaitu sekolah 100% kawalan kerajaan dan adalah sekolah yg termasyur kerana kejayaan pelajarnya dalam akademik mahupun sukan dan keagamaan. Penulis menamatkan tingkatan 5 di sekolah tersebut dgn jayanya sebgai pelajar jurusan sains tulen.
Seterusnya Penulis melanjutkan Pelajaran ke Peringkat University dalam Bidang engineering. Penulis juga menghadiri kursus Welding Inspection & Radiography Interpretation. Sekarang, Penulis bekerja dalam bidang perkapalan di sebuah negeri yg hebat. Penulis juga ingin menegaskan disini yg sebenarnya penulis ialah seorang yg sombong dan kurang kawan. Hal ini berlaku kerana bg penulis, dlm byk2 pengalaman hidup yg penulis dah lalui, kawan2 penulis lebih banyak tikam belakang dari orang yg xdkenali. Bak kata Dr. Fadzillah Kamsah, Renung2kan, dan selamat beramal..

Monday, January 3, 2011

KHAIRUL FAHMI DIHADIAHKAN RUMAH OLEH KERAJAAN KELANTAN.

Menurut laman rasmi Kelantan FA, Khairul Fahmi che mat atau lebih dikenali dgn 'Apex' telah dihadiakan sebuah rumah oleh kerajaan Negeri Kelantan. Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Besar Negeri Kelantan, Tuan Guru Datuk Bantera Nik Abdul Aziz semalam ketika meraikan kepulangan wira negara itu di Cabang4, Cherang.



Khairul Fami Che Mat ialah penjaga gawang skuad bola sepak Malaysia yang beraksi cemerlang pada kejohanan AFF Suzuki Cup baru2 ini. Beliau telah beraksi cemerlang sepanjang Perlawanan sehingga membantu skuad 'harimau malaya' menjulang trofi kejohanan setelah menundukkan skuad indonesia dengan agregat 4-2. Dalam perlawanan yg sama, Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan sepakan penalti yg diperoleh skuad 'garuda' pada minit awal permainan ketika berkunjung ke tempat lawan.

Gembar-gembur mengatakan Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson berminat dengan Penjaga gawang ini adalah salah satu penipuan yang diperoleh dari laman palsu Menchester United. Laman tersebut tampak tulen tetapi setelah diteliti, terdapat tulisan 'akumainmainje' di bahagian bawah sebelah kanan laman tersebut. Sila rujuk di http://man-united.co.nr/

Penulis juga percaya pemain muda berbakat besar yg dilahirkan di Kelantan ini layak untuk menerima tawaran bermain di luar Malaysia setelah dilabelkan sebagai penjaga gawang paling berjaya di Malaysia.

p/s: kok mano2 pom, demo biso kali pek.. ngeee~~

Sunday, January 2, 2011

VOC INFO ~ saturday ride at Gambang Waterpark, Pahang.

Pada 8th Januari 2011, Viva Owner's Club Central Region akan bekerjasama dgn Eastcoast region akan mengadakan program 'SATURDAY RIDE AT GAMBANG WATERPARK' bagi memenuhi jadual aktiviti Central Region. Selain itu juga, Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli2 VOC.


EVENT'S TENTATIVE.

7.30AM-8.30AM
- BERKUMPUL DI MEETPONT
- PENYERAHAN STICKER KONVOI & GOODIES
- COLLECTION WANG TOL DARI CIK MUNA
- TAKLIMAT PERGERAKAN EVENT
- TAKLIMAT KESELAMATAN BERKONVOI DARI NAKATA
- BACAAN DOA KESELAMATAN

8.30AM-10.30AM
- KONVOI BERGERAK MENUJU KE GAMBANG
- BERHENTI REHAT DI R&R TEMERLOH (30MINIT)

11.00-12.30PM
- KONVOI TIBA DI GAMBANG WATERPARK
- PENYERAHAN TIKET MASUK & GOODIES KEPADA AHLI-AHLI
EAST COAST REGION.

12.30PM
- MANDI MANDA

4.00PM
- BERSIAP SEDIA UNTUK PULANG

4.30PM
- KONVOI PULANG

5.30PM
- BERSURAI DI RnR GENTING SEMPAH





SEBARANG BANTUAN,SILA HUBUNGI:
KAS (CR) :014 - 2614068
ATEN (CR) :019 - 6483058
ARILL (ECR) :019 - 9926016


AHLI-AHLI YANG DIJANGKA MENYERTAI:

Central Region


1 - Kas & Wife
2 - Nakata87
3 - Zackmir + lola
4 - Aten + walktong
5 - Muna + Qila
6 - AinViva + Norziela
7 - Azmierul Aswad + Somebody
8 - Maslor + Wife + Junior
9 - Azalia & husband + adik + adik
10 - FarEazy & Kekasih
11 - Norshah + Somebody
12 - OneNOne & kwn gulr
13 - Meteorcaptain & Wife & Son
14 - Ereignis + kawan + kawan + kawan
15 - Zamzam
16 - Fian Sabah + wife + baby
17 - Mus
18 - Naza + intan
19 - Nur Ain Rani
20 - Michi + Dyanz
21 - RayLong + Teman
22 - Ikram+Arul+Nazmi
23 - Ranik




East Cost Region


24 - geman
25 - Arill+coklet + kanak2
26 - Yus
27 - amy
28 - IZMALAILY BT IBRAHIM
29 - Zarkashi
30 - yanz
31 - Azhar
32 - Hakim
34 - Ezwan & wife
35 - Khairul & wife
36 - mie


Ahli2 yg Sdn Bhd (Join Konvoi sahaja)

37- Shafiq Klang + Pasangan
38- Topo + Miszcute
39- Khairul Sportivo


link ~~~> http://www.vivaownersclub.net