Wednesday, February 16, 2011

TITIPAN BUAT SI BUNGA ~ NBM

Assalamualaikum 'bunga'.

Dikesempatan lewat malam begini, kumbang berhasrat untuk menulis titipan buat bunga tulus dari hati kumbang yang ingin bercerita.

Pertamanya, ingin kumbang bangkitkan bahawa tiadalah niat kumbang untuk melakukan sebarang salah laku manusia kepada bunga seperti mengutuk, mencaci, menyindir dan sebagainya. Ikhlas dari hati, kumbang hanya ingin bercerita kerana medium ini sahaja yang boleh meletakkan diri kumbang dalam keadaan yang tenang..

Bunga,

tidak pernah terlintas di fikiran kumbang untuk menyalahkan sepenuhnya kepada bunga atas apa yang telah berlaku. Tiada gunanya kumbang melakukan sedemikian sedangkan kumbang tahu tiada hasilnya untuk diri kumbang melakukan sedemikian rupa.

Dalam hidup, kumbang hanya mengharapkan agar bunga sejahtera di dunia dan akhirat, seperti mana yang dikehendaki oleh seseorang kepada mereka yang disayangi. Tidak terlintas di hati kumbang untuk melukakan atau membuatkan bunga bersedih, cuma kadang2 kumbang takut dengan diri sendiri, xsanggup lagi menghadapi seksaan yang kumbang dah hadapi.

Kumbang sangat2 harap agar bunga dapat jadi seorang wanita yang indah pekerti dan langkahnya agar bunga dapat memiliki segala yang dijanjikan nikmat oleh Allah swt kepada hambanya yang beriman.

Kumbang juga berharap, bunga gunakanlah masa dua tahun lebih ini untuk mencari diri bunga sendiri dan dapat menjadi seorang gadis yang seperlakunya gadis. Adalah berat di hati kumbang untuk meletakkan harapan yang begitu lama kepada bunga, tetapi kumbang percaya akan kemampuan bunga. Kumbang tidak mengharapkan apa2 yang besar dari bunga, kumbang hanya mengharapkan agar bunga menjadi lebih baik dan fahami apa yg dah berlaku, itu sudah membuatkan kumbang gembira.

Kumbang tiada berniat jahat untuk berdiam diri dengan bunga, cuma ketakutan yang melampau memaksa kumbang untuk merelakan masa itu pergi.

Tiba masanya nanti, saat bunga dah kembali mendapat jati diri yang tepat, izinkan kumbang tahu tentang berita itu, tidak kisahlah berapa lama pun masa yang bunga perlukan, sekurang2nya kumbang ingin tahu yang bunga sudah bersedia untuk menghadapi hari2 mendatang.

Salam sayang dari kumbang, untukmu bunga ~~~ NBM


p/s: i will fly to labuan tomorrow, pray for me..

Monday, February 14, 2011

KERJA - keperluan atau kemahuan

Keperluan atau kemahuan?

ya, kedua perkara tersebut amat berhubung kait antara satu sama lain. keperluan adalah satu kemahuan, dan kemahuan adalah satu keperluan.

Dua perkara sama yang berbeza ini boleh membuatkan manusia hilang keseimbangan tentang hala tuju kerja mereka, ini diungkit berikutan beberapa dakwaan dilempar bahawa kerja adalah salah satu faktor kemusnahan satu2 institusi perhubungan..



Jom kita baca apa pendapat penulis,

bagi penulis, seseorang insan itu PERLU bekerja untuk memenuhi KEPERLUAN hidup. Manusia perlu bekerja untuk menyara diri sendiri dan tanggungan (jika ado lah). Hal ini menjadi satu kemestian apabila seseorang itu bergelar lelaki. Lelaki adalah satu genetik yang dihasilkan berbeza dari perempuan. Lelaki diciptakan untuk menjadi pemimpin dan pembela, jadi tidak mustahil lah jika penulis mengatakan lelaki perlu lebih kuat bekerja berbanding wanita.

Tidaklah penulis ingin membuat perbandingan antara lelaki dan wanita, tetapi hanya utk menyedarkan semua lelaki bahawa anda adalah penggerak masa depan dan anda yang menentukan segalanya.

Bagi perempuan pula, anda adalah ibarat baja yang perlu ditabur supaya pokok kelihatan lebih segar. Dengan kata lain, anda adalah pendorong kepada lelaki untuk bekerja, tak kisah lah suami anda, teman lelaki anda mahupun rakan anda.

Apabila usaha dan dorongan yang sempurna, disamping persefahaman yang baik antara dua individu yang berhubung kait, maka hapuslah satu masalah dalam kehidupan, iaitu kerja yang memusnahkan perhubungan.

Saturday, February 12, 2011

HOSNI MUBARAK DIGULING, KEMENANGAN UNTUK WARGA MESIR!

Presiden Mesir, Hosni Mubarak akhirnya telah membuat keputusan untuk berundur daripada jawatan Presiden Mesir.

Di dalam satu pengumuman di siaran televisyen negeri itu, Timbalan Presiden Mesir, Omar Suleiman berkata, Mubarak telah menyerahkan kuasa kepada tentera.

Keputusan ini jelas sekali menggambarkan kemenangan besar rakyat Mesir yang sebelum ini telah melakukan tunjuk perasaan besar-besaran menggesa pemimpin zalim itu agar meletak jawatan.





Penguman itu disambut dengan sorakan gembira, dan kibaran bendera oleh rakyat Mesir yang berkumpul sejak 18 hari lalu.

Laporan BBC News memetik ucapan timbalan Presiden Mesir Omar Suleiman seperti berikut,

"In the name of God the merciful, the compassionate, citizens, during these very difficult circumstances Egypt is going through, President Hosni Mubarak has decided to step down from the office of president of the republic and has charged the high council of the armed forces to administer the affairs of the country,".


sumber: http://milosuam.blogspot.com/2011/02/hosni-mubarak-letak-jawatan-rakyat.html#ixzz1DgnZ2PIl

Dengan berundurnya Hosni Mubarak, berakhirlah ketegangan di Mesir selama 18hari yang mengorbankan banyak nyawa.

Kemenangan ini membuktikan kebangkitan suara rakyat Mesir yang ditindas oleh kekejaman pemerintahan Hosni Mubarak.

Penulis menyarankan agar semua pihak mendoakan kesejahteraan rakyat Mesir setelah berjaya memakbulkan keinginan mereka.